Punten makanan tradisi masyarakat Jawa. Rupa dan
bentuknya kelihatan seperti nasi himpit yang terkenal di kalangan masyarakat
Melayu. Pebezaannya, punten mempunyai tekstur yang lebih padat dan rasa yang berlemak.
Bahan utama ialah nasi yang dimasak bersama santan, garam,
dan daun pandan bagi memberikan aroma wangi.
Cara penyediaan adalah selepas masak, nasi ditumbuk lumat di
dalam lesung atau bekas khas semasa masih panas supaya menjadi padat, kemudian
ditekan ratakan di dalam loyang atau acuan sebelum dipotong empat segi.
Kalau tidak dimasukkan ke dalam loyang, boleh juga dikepal
sehingga menjadi bentuk yang diingini.
Ia biasanya dipotong kecil dan dimakan bersama sambal bilis,
sambal hijau yang pedas, bawang atau serunding. Ia biasanya dihidangkan pada
waktu pagi dan petang.

No comments:
Post a Comment