Nasi lemak diakui majalah antarabangsa di antara
10 menu terbaik di dunia. Penyenaraian itu memang bertepatan dengan bahan yang
digunakan dalam nasi lemak secara umumnya baik untuk kesihatan tubuh.
Nasi yang diketahui mempunyai “glycaemic
index” yang tinggi, namun kadarnya boleh diturunkan apabila dicampur dengan
santan.
Santan pula merupakan asid lemak yang
dipanggil “asid laurik” iaitu lemak yang sama jenis dengan susu ibu dan dapat
membantu perkembangan otak dan juga menguatkan tulang.
Lemak dalam santan terdiri daripada asid
lemak rantaian sederhana (MCFA). Ia penting dalam membina dan mengekalkan
sistem imun tubuh sama seperti lemak dalam susu susu ibu, selain membekalkan
sumber ‘nutrisi’ yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses
penurunan berat badan.
Sambal yang terdapat di dalam nasi lemak yang
diperbuat dengan cili api baik untuk menjadi agen penghalang kanser kerana ia
mempunyai “antioksida” yang tinggi serta mampu mengaktifkan denyutan jantung
dan merangsang peredaran darah dalam badan serta mengeluarkan gas daripada
sistem pencernaan.
Kacang tanah pula mengandungi protein yang
tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium vitamin B kompleks dan fosforus.
Kandungan protein dalam kacang tanah adalah
jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Kacang tanah juga
mengandungi asid amino yang tinggi, minyak dari kacang tanah juga adalah sumber
terbaik pencuci perut.
Sementara itu ikan bilis juga merupakan
sumber kalsium, kalium, seleium dan vitamin A yang amat diperlukan badan.
Kebanyakan orang menganggap memakan telur
menyebabkan peningkatan kolestrol tetapi sebenarnya “choline” dan
“phosphytidylcholine” dalam telur kuning boleh membantu mengelak longgokan
kolestrol dan lemak dalam hati serta pembuluh darah.
Choline mampu membentuk ‘metabolite’ yang
juga dipanggil ‘betaine’ dan berfungsi mengurangkan homocystin iaitu salah satu
faktor penyebab serangan jantung.
Timun yang dihidangkan dalam nasi lemak juga
membantu untuk menyejukkan badan, malah ketika cuaca panas sayuran itu amat
bermanfaat membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik.
Potasium yang terdapat dalam timun
menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah
rendah. Timun juga mengandungi ‘erepsin’ iaitu enzim yang membantu menghadamkan
protein.
Sehubungan itu, disyorkan kepada orang ramai
baiknya nasi lemak terutama kepada mereka yang ingin mengamalkan diet yang
seimbang dan sihat.
Malah rakyat disarankan menjadikan nasi lemak
sebagai santapan harian bersama keluarga dan rutin sarapan harian yang sihat.
Bagaimanapun, kuantiti pengambilannya perlu
dikawal bagi memastikan kesihatan tubuh sentiasa terjamin dan mengelakkan
kemudaratan seperti penyakit disebabkan kolesterol berlebihan.
No comments:
Post a Comment