Wednesday, 28 October 2026

TRAGEDI 29 OKTOBER 1981

 
Tragedi 29 Oktober 1981.

Tarikh 29 Oktober datang setiap tahun. Tidak seperti tarikh 29 Febuari yang hanya menjanguk sekali dalam empat tahun.

Biarpun 29 Oktober datang setiap tahun, tidak banyak yang tahu tentang sejarah Serang Hendap Komunis di Ulu Legong yang berlaku pada 29 Oktober 1981.

Ketika seluruh umat Islam menyambut 1 Muharam 1402, berarak dan melakukan aktiviti dalam keadaan selamat, keringat dan darah tentera gugur ke bumi untuk mempertahankan negara. 

Masa berlalu, sejarah tersebut semakin dilupakan. Namun, di sebalik masa berlalu, ada pihak yang ingin mengangkat kembali sejarah itu untuk dikenang sebagai peringatan kepada rakyat bahawa mahalnya pengorbanan anggota tentera untuk meletakkan negara dalam keadaan aman seperti sekarang.

Tragedi pada pagi 29 Oktober 1981 antara kisah yang perlu diketengahkan untuk dikenang generasi sekarang.

Selain dicatatkan dalam bentuk tulisan, ada usaha melakonkan kembali tragedi itu dalam bentuk pentomen dan dipersembahkan sempena sambutan Hari Pahlawan 2026.

Ada tindakan untuk merakam gambar tempat-tempat yang berkaitan dengan tragedi tersebut untuk generasi kini tahu bahawa di lokasi itu pernah berlaku peristiwa yang sangat menyanyat hati.

Leftenan Kolonel Muzafar bin Mansor (Bersara) bersama beberapa yang lain hadir di tempat sebenar berlakunya peristiwa tersebut.

Kehadiran itu juga turut diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil di Masjid Abidulrahman, Ulu Legong pada 29 Oktober 2026.

Serang hendap di Ulu Legong, Kedah merupakan siri keganasan komunis yang dasyat dan tidak perikemanusiaan.

Kejadian itu melibatkan sembilan anggota dari Kompeni Bravo, Batalion Kedua Puluh Dua Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) yang berpengkalan di Kem Sungai Petani. 

Titik hitam peristiwa serang hendap ini berlaku pukul 9.45 pagi itu telah dirancangan lama berdasarkan penemuan diari Chin Peng ketika satu serbuan di tempat lain.

Dalam diari tersebut dicatatkan yang Chin Peng telah kehilangan dua orang kekasihnya dalam dua pertempuran berasingan dengan askar Melayu. Justeru, Chin Peng nekad membalas dendam ke atas kumpulan askar Melayu.

Segala perancangan disusun rapi, bukan setakat dua tiga hari, tapi memakan masa berbulan-bulan. Pergerakan keluar masuk askar Melayu pada ketika itu, berapa kekuatan anggota dan senjata yang digunakan dicatatkan. 

Kompeni Bravo 22 RAMD baharu ditugaskan mengawasi di Kampung Lalang dan sekitar. Namun, Chin Peng menyangkakan kumpulan inilah yang telah menyerang mereka sebelum itu.

Pada hari kejadian, sembilan anggota Kampeni Bravo bergerak dari markas menuju ke Kampung Lalang yang terletak kira-kira empat kilometer dari kem.untuk mengambil bekalan makanan,  

Ulu Legong ini dipilih sebagai tempat persembunyian pengganas komunis kerana faktor kawasan yang berbukit bukau selain faktor geografinya yang bersempedan dengan Thailand. Jadi ia memudahkan pergerakan komunis menyusup masuk keluar.

Tiba di satu jambatan, kenderaan yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru roket pemusnah kereta kebal (bazooka) dari arah atas kawasan bukit.

Peluru bazooka tepat menghentam enjin hadapan trak Volvo Motar mengakibatkan dentuman kuat dan terus membuatkan askar di dalamnya tercampak keluar. Pemandu trak mati serta merta, manakala yang lain mengalami kecederaan.  

Anggota yang cedera segera mencari tempat perlindungan walaupun berada dalam keadaan cedera parah. 

Di kawasan itu dianggarkan 34 komunis diketuai sendiri oleh Chin Peng seolah-olah tidak sabar-sabar lagi menunggu detik untuk membalas dendam.

Kurang 15 minit suasana yang bingit dengan berbalas tembakan bertukar menjadi sunyi sepi. Kepulan asap menerawang di udara. Tiada lagi bunyi tembakan balas dari pihak askar Melayu.

Komunis yang bersembunyi di balik bukit mulai turun menuju ke arah satu persatu mayat dan melakukan perbuatan tidak terjangkau dek akal waras manusia.

Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong (DBP 2013);

Prebet Md Merdeka (pemandu trak), mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak. 

Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup. Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut. Kejam!

Mayat Lans Kopral Hashim (ketua kumpulan), badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. 

Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi. Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana. Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. 

Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya. 

Mayat Pbt Jamil terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan.

Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi. Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. 

Tujuh tentera terkorban dan hanya dua orang yang selamat. 

Dua yang terselamat ialah Pbt Md Shafie Kasim. Beliau meninggal dunia pada tahun 2015 akibat kemalangan jalan raya.

Seorang lagi ialah Pbt Md Said Adam. Beliau satu-satunya saksi mata kejadian tersebut yang hidup (2026).

Susulan kes serang hendap ini nama tentera yang terkorban telah diabadikan di Muzium Tentera, Port Dickson selain nama mereka turut terpahat di Tugu Peringatan, Ulu Legong.

Anggota yang terkorban:

1. Lkpl Hashim b Sulaiman
2. Pbt Rosli b Mat Nayan
3. Pbt Jamil b Mahmud
4. Pbt Jamil b Abd Hamid
5. Pbt Md Mendeka b Ismail
6. Pbt Mazlim b Wasal
7. Pbt Mohd Khambali b Mohd Sodeli

Pengorbanan mereka bukan sekadar berada dalam lipatan sejarah, malah menjadi pengajaran kepada pasukan tentera yang melakukan penambahbaikan aspek operasi, kesiapsiagaan dan keselamatan pasukan sehingga ke hari ini.

Jasa mereka tidak pernah dilupakan, semangat mereka akan terus hidup dalam setiap langkah perjuangan Tentera Darat Malaysia.

Gambar atas - Muzafar menunjukkan lokasi dua anggota yang terselamat menyembunyikan diri.

 

Tugu dibina di tempat kejadian

Pejaba Daerah Dan Tanah Baling membina tugu di tempat kejadian. 

Lokasi Markas Taktikal pasukan

Kawasan Am Markas Taktikal yang kini menjadi pusat pelancongan

Sungai yang pernah dijadikan tempat mendapatkan bekalan air 

Tempat dua anggota yang selamat menyembunyikan diri

Kawasan komunis atur kedudukan belum buat serangan

Kawasan komunis atur kedudukan belum buat serangan

Tugu Peringatan sejarah Tragedi Serang Hendap Legong

Trak yang dinaiki anggota ketika serangan