Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
Elakkan minum minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh. Gula yang tidak digunakan ditukar menjadi lemak.
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat yang disebabkan air.
Ambil sarapan pagi.
Mengambil sarapan pagi memberi isyarat kepada badan bahawa kita telah bersedia
untuk aktif pada siang hari setelah tidur dan berehat pada sebelah malam. Kadar
metabolisma meningkat dan meningkatkan kadar pembakaran kalori.
Makanlah dengan perlahan-lahan
Saturday, 31 October 2020
PETUA HENDAK KURUS SECARA SIHAT
Terdapat
petua atau cara mudah boleh diamalkan untuk kurus dan sihat. Jangan mudah
mengalah untuk capai bentuk badan diingini. Berat badan unggul penting untuk
sihat dan kelihatan menawan. Jom bersama amalkan petua ingin kurus
ini.
Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan mengaktifkan badan. Dalam situasi itu, kadar metaboslisma
tinggi dan membakar banyak lemak dan kalori. Bagaimanapun, elak makan banyak
yang menyebabkan kalori yang masuk dalam badan lebih banyak daripada apa yang
digunakan. Tenaga yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak dan disimpan
di dalam badan yang menyebabkan kegemukan.
Ambil sesuatu yang pahit sebelum
makan.
Minumlah kopi dan kumur beberapa
saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar
isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan
dan mengeluarkan enzime yang sekata untuk sistem penghadaman.
Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil.
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara
ini ia lebih mudah dihadam. Ini dapat membantu penyerapan berkesan gizi yang
ada di dalam makanan.
Makan dalam kuantiti sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti
yang sedikit daripada makan hanya sekaligus. Makan banyak sekaligus akan
menyukarkan proses penghadaman.
Kurangkan pengambilan makanan
berlemak
Kurangkan pengambilan marjerin,
butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
Amal perahan limau nipis
Air limau nipis atau jus oren
menggalakan pembakaran lemak.
Banyak makan sayur dan buah
Buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang
rendah.
Makanan berempah
Sesetengah rempah seperti cili,
biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja
meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
Makan bijiran dan kekacang
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Rebus, kukus atau bakar
Cara memasak paling baik untuk
mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus.
Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu
sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
Beberapa aktiviti untuk mudah langsing
- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa agar kaki tidak melecet dan
sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
- Renang adalah latihan menyeluruh.
Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang
kaku.
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment