Menjadi
amalan kita mengucapkan sesuatu yang baik sempena ulang tahun kelahiran orang
tersayang. Amalan ucapan itu tidak termasuk dalam perintah dalam Islam, namun
tidak pula dilarang, tambah-tambah lagi ia memberi nilai baik dalam hubungan
sesama manusia.
Setiap
kali ulang tahun kelahiran, tentu sekali kita mengaitkan ia sebagai bertambah
umur. Hakikat sebenarnya setiap detik umur kita semakin berkurangan atau
menghampiri detik kematian. Yang bertambah ialah angka tahun yang mana kita
telah menikmati kehidupan di dunia ini.
Bersyukurlah
kita masih dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Gunalah peluang itu untuk
meraih sebanyak mungkin mengumpul pahala sebagai bekalan hidup di akhirat.
Tambah dan perbanyakkan amalan kebaikan. Manakala perkara buruk ditinggalkan.
Ingatlah,
mati itu pasti. Masa atau peluang hidup di dunia ini akan dipertanggungjawab di akhirat nanti. Tidak ditanya berapa kali kita mengadakan sambutan hari lahir
dengan meriah atau berapa hadiah yang diperoleh, tetapi berapa banyak kebaikan
yang telah dilakukan.
Jadi,
tidak perlu kita bersedih jika tiada ada sambutan hari lahir dan tidak ada
orang ingat untuk mengucapkan selamat hari lahir. Sebaliknya, fikirkan atau
hisab diri sendiri apakah kita telah bersedia untuk mengadap Ilahi.
No comments:
Post a Comment