Pasangan
yang rapat berkasih sayang digelarkan seperti merpati dua sejoli. Mengapa
burung merpati dijadikan pelambangan mengenai kasih sayang dan kesetiaan?
Pelambangan
burung merpati sebagai tanda kasih sayang adalah universal. Digunakan
masyarakat di seluruh dunia.
Gambar
sepasang merpati sering digunakan dalam majalah atau media lain ketika perayaan
Valentine. Undangan-undangan pernikahan juga sering kali dihiasi gambar
sepasang merpati.
Merpati juga mewakili monogami dan kesetiaan dalam hubungan, kerana burung itu
cenderung tinggal bersama pasangannya sepanjang musim.
Merpati
jantan juga membantu mengeram telur sehingga menentas dan bersama-sama menjaga anak
mereka.
Merpati
tidak ‘tergoda’ dengan pasangan lain. Kesetiaan hanya kepada pasangan
masing-masing.
Jika
pasangan telah mati, merpati akan mencari pangganti pasangan, tetapi tidak
mengganggu atau mengambil yang sudah ada pasangan. Tidak ada rampas merampas
pasangan dalam kehidupan merpati.
Sebab
itu ada pepatah jinak-jinak merpati bermaksud perempuan yang mudah didekati
tetapi sukar dipikat kerana kasihnya telah dipunyai.
No comments:
Post a Comment