Kulat memerlukan
medium sesuai untuk tumbuh mengikut jenis masing-masing. Ada kulut tubuh di
batang pokok mati yang sedang mereput. Ada juga kulat tubuh di atas tanah busut
dan sebagainya.
Satu
jenis kulat dipanggil kulat volvariella atau juga dikenali kulat jerami. Nama
lain ialah kulat kelapa sawit.
Kulat
volvariella dipanggil kulat jerami kerana banyak tubuh di celah-celah jerami
padi yang sedang mereput.
Kemudian,
kulat volvariella dikenali kulat kelapa sawit disebabkan kulat ini juga banyak
tumbuh di celah atau di atas tandan dan pelepah kelapa sawit.
Penanaman
kulat volvariell di atas medium tandan kelapa sawit menjadi pilihan kerana
tanda kelapa sawit boleh diperoleh sepanjang tahun bagi mereka yang tinggal
berhampiran kawasan ladang sawit.
Penggunaan
tandan kelapa sawit juga dapat membantu memaksimakan penggunaan buangan
industri kelapa sawit yang sekaligus melestarikan alam sekitar.
Jika
dalam keadaan semulajadi, kulat jerami atau kulat kelapa sawit akan tubuh jika
ada benih jatuh di situ dan kebetulan keadaan jerami dalam keadaan mereput dan
lembab.
Dengan
kata lain, tidak semua di timbunan jerami dan tandan kepada sawit ada tumbuh kulat
volvariell.
Proses
menanam kulat kelapa sawit bermula dengan mengumpul tandan-tandan kelapa sawit
untuk diperam selama kira-kira 10 hari.
Tandan-tanda
disiram dengan air dan akan ditutup dengan kanvas plastik. Siraman air juga
perlu dilakukan dengan kerap bagi memastikan ia sentiasa lembap.
Setelah
proses ini selesai, tandan sawit tersebut akan disusun menjadi batas sebagai medium
utama untuk penanaman kulat. Tempat untuk membuat batas itu boleh dibuat di
mana-mana asalkan kawasan redup atau tidak terkena sinaran matahari secara
terus.
Jadi,
ia sesuai untuk dibuat di ladang kelapa sawit, ladang getah dan kebun buah-buahan.
Untuk menanam kulat jerami tidak memerlukan rumah atau teduhan khusus seperti
menanam cendawan jenis lain.
Penanaman
kulat kelapa sawit secara khusus tidak mengharapkan kehadiran benih secara
semulajadi. Benih kulat kelapa sawit akan ditabur atau disemai khusus.
Kulat
mula membesar dan ia berbentuk bulat serta bujur ke atas. Pada ketika ini, kulat
boleh dipetik dan ia perlu dipasarkan dengan segera. Kulat volvariella tidak
boleh disimpan melebihi dua hari dalam keadan suhu biasa.
Tanaman
kulat jerami sangat senang untuk dijaga dan diuruskan selain tidak memerlukan
modal yang besar. Untuk menanam kulat ini hanya menggunakan konsep tanam,
tunggu dan tuai.
Cabaran
utama yang dihadapi untuk menanam kulat jerami ialah keadaan cuaca dan suhu
yang perlu sentiasa lembap bagi membolehkan ia tumbuh dengan sempurna. Jadi
siraman perlu dilakukan setiap hari agar medium sentiasa lembab.
Penanaman
kulat itu dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkannya mengutip
hasil tanaman pada setiap hari.
Apa yang lebih istimewa, kulat volvariella itu
100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun
serangga.
Kulat
volvariella mengandungi banyak khasiat berbanding kulat jenis lain. Kulat istimewa
ini kaya dengan protein dan merupakan sejenis kulat yang paling tinggi
kandungan vitamin serta mineral.
Kulat ini juga bebas
karbohidrat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang mengamalkan diet atau
ingin menjaga.
No comments:
Post a Comment