Durian
selat atau durian belanda kini jadi rebutan. Disebabkan ramai ingin mendapatkan
durian belanda, bekalan tidak mampu memenuhi permintaan. Harga durian belanda
meningkat tinggi berbanding sebelum ini yang kurang mendapat permintaan.
Fenomina ini disebabkan khasiat durian selat yang hebat untuk merawat barah.
Manfaat dan faedah yang ditemui dalam durian selat menjadikan buah itu amat
berharga untuk tujuan kesihatan.
Memang betul sekarang ini durian belanda mendapat permintaan tinggi. Semuanya
gara-gara khasiat durian belanda yang tular di media sosial dan media massa.
Sekarang ini, kalau tidak berpeluang makan buah durian belanda, pencari durian
belanda akan menggunakan duan.
Daun
durian selat boleh dirubus untuk diminum airnya bagi tujuan perubatan. Ada juga
yang mengeringkannya dan dibuat teh daun durian belanda.
Fenomina ini satu yang pelik juga. Dulu buah durian selat macam tiada harga.
Tetapi, kini daunpun sudah ada nilai. Orang ghairah dan berahi kepada durian
selat. Benih durian selat dicari merata untuk ditanam di laman rumah.
Fenomina
ini berpunca heboh diperkatakan mengenai khasiat durian selat. Paling besar
khasiatnya ialah untuk melawan kanser.
Durian
selat atau atau Soursop, dari keluarga Graviola adalah pembunuh semula jadi sel
kanser yang ajaib. Itu hasil kajian di negara maju.
Durian selat buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna
putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau
dibuat jus.
Khasiat
buah durian selat ini memberikan kesan antikanserr yang sangat kuat dan
terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai antibakteria, antifungus,
berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan
darah tinggi, kemurungan dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang
baik.
Keyakinan
terhadap kemujaraban durian selat itulah yang menjadikan permintaan terhadapnya
amat tinggi. Malah, timbul masalah untuk mendapat bekalan. Permintaan mengatasi
penawaran. Sebab itu harganya naik mendadah,
Jika bekalan buah durian selat terus tidak mampu memenuhi permintaan, ada
kemungkinan orang akan sanggup membeli daun durian selat. Kira macam pepatah,
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna. Tambahan pula khasiat dari daun dan
buah dikatakan sama-sama hebat.
Hebat sekali godaan buah durian selat. Nak tunggu buahnya memang lambat
mendatangkan hasil. Jual daun pun boleh untung.
No comments:
Post a Comment