Pantai Geting terletak di Kampung Geting, Tumpat. Pantai Geting terletak
kira-kira 27 kilometer dari Kota Bharu. Manakala jarak dari bandar Tumpat hanya
kira-kira 7 kilometer. Jarak dari pekan Pengkalan Kubur atau Kawasan Bebas Cukai
Pengkalan Kubur juga kira-kira 7 kilometer.
Pantai
Geting menjadi lokasi peranginan terkenal di jajahan Tumpat, Ia juga, sering
diadakan acara-acara yang pastinya akan memukau hati pengunjung. Antara acara
yang sering diadakan di Pantai Geting ini ialah pesta wau peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Pesta ini tidak pernah mengecewakan pengunjung dengan adanya
pelbagai jenis wau yang dipertontonkan.
Kawasan
pantai yang luas dan terbuka memudahkan acara pantai diadakan di Pantai
Geting. Di kawasan tersebut juga terdapat banjaran pokok ru yang menjadi
penghias dan tempat berteduh.
Di
Pantai Geting terdapat deretan kios dan gerai yang menjual perlbagai jenis
makanan yang menjadi pilihan pengunjung.
No comments:
Post a Comment