Keropok
batang sejenis makanan terkenal di Kelantan. Dinamakan keropok batang
disebabkan dibentuk seperti batang. Keropok batang sebenarnya hampir sama
dengan keropok lekor. Cara membuatnya sama, kecuali dari segi kandungan bahan
dan ukuran keropok yang telah disiap.
Keropok
batang dan keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan
sedikit gram. Terdapat juga keropok batang yang dicampurkan dengan tepung
kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali,
sebelum direbus di dalam air panas.
Perbezaan
keropok batang berbanding keropok lekor ialah dari segi kandungan ikan yang kurang.
Kandungan keropok lekor mengandungi lebih banyak ikan berbanding keropok
batang. Keropok batang dibentuk lebih besar berbanding keropok lekor.
Disebabkan
kandungan ikan yang banyak, keropok lekor sesuai dimakan tanpa digoreng. Namun,
keropok batang 'mesti' digoreng sebelum boleh dimakan. Tekstur keropok batang
lebih keras atau pejal.
Memandangkan
kandungan ikan yang tinggi, harga keropok lekor lebih mahal berbanding keropok
batang. Rasa keropok lekor lebih lembut berbanding keropok batang.
Kebanyakan
keropok yang dijual di pasar malam atau gerai adalah jenis keropok batang. Ia
asalnya berukuran besar kemudian dikerat nipis memanjang agar ia mudah garing
apabila digoreng.
Sedangkan
keropok losong digoreng tanpa dipotong. Ia didatangkan dalam bentuk yang sudah
boleh terus digoreng tanpa dipotong atau dihiris.
No comments:
Post a Comment