Parti politik memang berjuang untuk
mengalahkan musuh masing-masing melalui peti undi ketika pilihan raya umum
(PRU), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK). Ini memang perkara
biasa dan dibenarkan undang-undang. Bertanding secara sihat dan bermaruah.
Namun, jika ada parti politik ingin
mengalahkan parti lain melalui jalan salah, itu perbuatan tidak bermaruah.
Perbuatan kejam dan amalan manusia tidak bertamadun.
UMNO hampir diharamkan apabila Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang mengharamkan parti
tersebut ketika mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Sebelum itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi telah diberi amaran dan dipaksa untuk membubarkan UMNO. Namun, tindakan
tegas Zahid menolak permintaan musuh parti itu, dia terus menjadi sasaran dendam
politik.
Niat jahat mengharamkan UMNO tidak tercapai
apabila mendapat bantahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu menjadi
sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui PKR. Anwar bergegas ke rumah
Muhyiddin yang ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri dan susana menjadi “tegang”
apabila Muhyiddin berkeras ingin mengharamkan UMNO.
Menurut Anwar, dia lawan UMNO masa itu,
tetapi tidak setuju haramkan UMNO. UMNO ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan
kebangsaan. Malah ibu bapa Anwar pernah menjadi pendokong UMNO. Beza pendapat,
tapi haramkan itu bukan penyelesaian. Alasan apa nak haramkan?
"Kalau dalam politik kita lawan, dia
(Muhyiddin) kata tak boleh, keputusan sudah dibuat (untuk haramkan UMNO). Saya
bercakap dengan Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng ketika itu, kami tak setuju dan
tak bersama (dalam keputusan itu)," kata Anwar ketika berucap pada Jelajah MADANI dan Pelancaran Jentera
Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak, 15 Jul 2023.
Strategi pembangkang ketika ini hanya
menyerang Zahid tanpa mengusik UMNO kerana mahu mendapatkan undi ahli parti itu
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Justeru, ahli UMNO diseru menolak BERSATU
yang pernah cuba menharamkan UMNO. Tolak juga mana-mana parti yang bersama
dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN). Parti yang bersama dengan BERATU
juga adalah musuh UMNO.
UMNO kuat hasil sokongan dan kesetiaan akar
umbinya. Ahli UMNO perlu yakin dan wala’ kepada keputusan pemimpin dalam
membawa hala tuju parti mendepani badai di lautan politik negara yang mencabar.
No comments:
Post a Comment