Politik bersifat dinamik. Begitu juga
penyokongnya. Ada alasan mengapa mereka berubah. Ini salah satu alasan
diberikan oleh warganet mengapa dia berubah sokongan atau bersedia memilih UMNO
atau Barisan Nasional.
Kawan-kawan saya cabar saya untuk
menyatakan sikap saya terhadap BN. Apakah kritikan saya terhadap UMNO masih
valid? Apakah saya sudah menganggap UMNO itu baik? Apakah saya akan undi BN?
Dia gini... Secara peribadi, saya memang
pada mulanya agak tidak selesa untuk menerima UMNO sebagai rakan kolisi
politik. Selama 40 tahun saya lawan UMNO.
Anak-anak saya membesar dengan kefahaman
ayah mereka sering keluar rumah dan berjauhan dari keluarga atas urusan lawan
UMNO. Pada masa yang sama, saya akui ianya adalah satu keperluan demi
kepentingan yang lebih besar untuk negara.
Realitinya keputusan rakyat dalam PRU-15
telah melorongkan kerjasama yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Kita tidak
boleh salahkan rakyat. Kitalah yang perlu sesuaikan diri di atas keputusan
rakyat tersebut, samada kita selesa melakukannya atau tidak.
Saya pernah terbaca pepatah yang
diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris menyebut, "Discomfort is the beginning
of new skill, confusion is the beginning of new understanding". Inilah
yang berlaku kepada saya.
Sikap politik saya lebih terbuka dan
memahami. Jauh beza berbanding sikap politik saya sepuluh tahun lepas. Saya
harap ia menuju kepada sesuatu yang lebih baik.
Adakah UMNO sudah baik? Semua parti ada
baik dan buruknya, tidak terkecuali UMNO. Saya masih tidak menerima politik
yang diasaskan kepada perkauman. Saya masih tidak menerima budaya politik
naungan. Kedua perkara ini bagi saya sudah agak berakar umbi dalam UMNO. Ini
antara sebab saya menolak UMNO sebelum ini.
Pun begitu, jika dibandingkan dengan
Perikatan Nasional yang jauh lebih ekstrim dalam dua aspek ini, UMNO secara
natural kelihatan lebih moderate.
Adakah saya akan undi BN dalam PRN ini? Itu
confirm. Untuk kali pertama dalam hidup saya.
Kita bersama kukuhkan kerajaan madani. Demi
negara dan rakyat.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment