Banyak buah-buahan tempatan kaya dengan
khasiat tersendiri kini bukan sahaja untuk ditanam bagi memenuhi permintaan
pasaran tempatan, malah bagi tujuan eksport.
Antaranya nangka atau nama saintifiknya
Artocarpus heterophyllus iaitu buah berasal dari negara tropika termasuk
Malaysia. Nangka terkenal dengan saiznya yang besar
dan bentuk buah berstruktur.
Industri nangka tanaman tumpuan yang
berpotensi diketengahkan sebagai sumber sektor pertanian negara memandangkan
nangka ada pasaran besar dan berpotensi diterokai. Ada enam klon nangka popular di
Malaysia iaitu J29, NS1 (J31), Mantin (J32), Tekam Yellow (J33), Mastura (J37)
dan Crystal Jackfruit 3 (J40).
Paling mendapat sambutan dan banyak ditanam
di Malaysia adalah Tekam Yellow (J33) dan Mastura (J37) serta buat masa ini
hanya Tekam Yellow (J33) yang mempunyai potensi pasaran komersial.
Untuk antarabangsa, permintaan semakin
meningkat disebabkan peningkatan kesedaran global terhadap makanan yang sihat
dan berkhasiat.
Buah nangka kaya dengan nutrisi dan
serat semakin diminati sebagai makanan alternatif yang seimbang juga sesuai
dengan trend penggunaan makanan organik dan makanan berasaskan buah-buahan.
Menyentuh khasiat nangka, ia membantu dalam
penurunan tekanan darah dan meningkatkan peredaran darah dalam badan.
Ia juga kaya dengan vitamin A dan C (antioksida)
yang membantu menguatkan sistem daya tahan badan terhadap serangan penyakit
selain memelihara kesihatan mata dan kulit.
Nangka juga mempunyai kandungan zat mineral
yang agak tinggi seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium serta kandungan
beberapa vitamin.
Selain sebagai sumber khasiat, daun nangka
sering digunakan sebagai makanan ternakan terutama untuk kambing dan lembu.
Bahagian batang pokok nangka pula agak
keras dan kurang diserang anai-anai (termites), kulat serta bakteria sesuai
dijadikan perabot.
No comments:
Post a Comment