Aku tempah teksi e-hailing hari ni, pemandu
datang ambil aku dan mulakan perjalanan. Dalam perjalanan, dia dapat panggilan
tetapi diputuskan 2-3 kali.
Selepas tu, aku suruh dia jawab jer
panggilan tu. Dia pun jawablah. Terdengar suara anak perempuan dia yang meminta
dibelikan beg sekolah baru. Pemandu tu berulang kali tak endahkan dan kemudian
meminta anak perempuannya serahkan telefon kepada isterinya.
Pemandu tu kata, "Abang tengah cuba
simpan duit ni, tak mampu nak beli beg baru sebab baru je beli buku untuk anak.
Pastu kena bayar bil pulak."
Aku tukar destinasi lain dalam apps, masa
dia tengah bercakap dengan isterinya. Pemandu akur dan ikut saja. Bila dah
sampai aku minta pemandu tu ikut sebab benda yang aku nak beli tu agak 'berat'.
Pemandu tu ikut je tanpa tanya apa-apa.
Aku bawak dia ke kedai beg dan beli satu
beg sekolah. Aku bayar guna akaun dalam talian isteri aku sebab duit dalam
akaun aku tak cukup. Kemudian aku serahkan beg itu kepada dia.
Dia terdiam dan berterima kasih. Tanpa
berkata apa-apa, kami pergi balik kat kereta. Aku kata, "Bagi surprise kat
anak perempuan abang hari ni".
Dia minta nombor phone aku dan sempat rakam gambar bersama. Sejam kemudian, dia pula menghantar gambar anak perempuannya yang tersenyum kegembiraan.
Gambar ini jauh lebih berharga daripada
duit. Kita selalu jumpa pemandu teksi yang teruk. Tapi kadang-kadang kita
berjumpa dengan superhero yang dikenali sebagai bapa.
Aku tak tak tahu nak cakap apa dan rasa apa selepas ni. Tetapi rasa berterima kasih kepada setiap insan bergelar bapa yang tidak pernah mengecewakan anak-anak mereka, walaupun adakalanya berada di situasi yang susah.
Aku pasti, isteri aku takkan marah kerana
menggunakan duit dia untuk melakukan kebaikan dan membantu insan yang
memerlukan.
Kredit: Insan dalam gambar
Dia minta nombor phone aku dan sempat rakam gambar bersama. Sejam kemudian, dia pula menghantar gambar anak perempuannya yang tersenyum kegembiraan.
Aku tak tak tahu nak cakap apa dan rasa apa selepas ni. Tetapi rasa berterima kasih kepada setiap insan bergelar bapa yang tidak pernah mengecewakan anak-anak mereka, walaupun adakalanya berada di situasi yang susah.
No comments:
Post a Comment