Pertanian melalui perancangan adalah yang
terbaik. Kepada golongan muda yang tinggal di kampung, berusahalah menjadi
petani moden.Untungnya dinikmati dalam jangka masa panjang. Usaha kerja keras
hanya pada permulaan sahaja. Seterusnya, hasil dituai dengan kerja-keraja yang
lebih mudah. Kalau sudah berjaya, boleh pula buka kebun baru atau kawasan yang
lebih luas.
Tips mudah pertanian, usaha dan kerjakan
ketika kuat, ketika kita mampu mencari modal dan buatlah kebun sebagai
pelaburan masa tua. Tidak kisahlah kebun pokok apa pun.
Boleh tanam pokok durian premium yang
harganya mahal di pasaran. Untungnya besar berkali-kali ganda setelah
mengeluarkan hasil.
Selain durian, boleh juga tanam pokok
kelapa. Antara jenis kelapa yang cepat mengeluarkan hasil ialah kelapa pandan.
Kalau dijaga dengan baik, kelapa pandan mengeluarkan hasil selepas tiga tahun. Penjagaannya
mudah dan risiko pokok mati amat rendah. Hasilnya berterusan sepanjang tahun
kerana kelapa bukan jenis pokok bermusim. Jadi, pendapatan melalui kelapa
adalah sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment