Monday, 21 September 2026

UMBUT KELAPA SAWIT

 
Umbut kelapa sawit. Umbut adalah bahagian pucuk atau bahagian dalam batang pokok jenis palma seperti pokok kelapa, pokok kelapa sawit dan pokok bayas yang muda dan lembut.

Untuk mendapatkan umut, proses mengumbut dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bahagian batang pokok dipotong ke atas tempat terakhir ada pelepah. Manakala daun dan pelepas di bahagian atas juga dipotong.

Pelepah yang membaluti batang akan dibuang satu persatu sehingga ke bahagian batang muda yang lembut. Itulah dinamakan umbut.

Umbut akan dipotong mengikut kesesuaian menu sama ada dipotong jejari kecil (untuk dijadikan acar), nipis melintang dan empat segi sama.  

Umbut pokok kelapa sawit hampir sama dengan umbut kelapa. Sedikit perbezaan adalah rasanya kurang manis sedikit berbanding umbut kelapa, tetapi mempunyai rasa lemak.

Keadaan umbutnya lebih padat, tetapi tetap ranggup dan menyerap kuah ketika dimasak. Warnanya putih kekuningan.

Umbut kelapa sawit menjadi masakan istimewa kenduri, terutama kenduri majlis perkahwinan di kampung. Ia sedap dibuat masak lemak cilli api, gulai darat, tumis belacan, atau dicampur dengan ayam kampung dan daging.

Di Kelantan, umbut kelapa sawit dijadikan acar yang menjadi pilihan tetamu kenduri.

Umbut kelapa sawit kaya dengan serat diet dapat membantu melancarkan sistem penghadaman. Rendah kalori dan lemak yang sangat sesuai untuk menu diet.

Ia juga kaya sumber mineral semula jadi. Mengandungi mineral penting seperti kalsium dan fosforus untuk kekuatan tulang dan sebagi antioksidan yang dapat membantu menentang radikal bebas bagi mengekalkan kesihatan.

Kredit pemilik gambar




No comments:

Post a Comment