Sejarah Tanah Perkuburan Perang Taiping.
Tanah Perkuburan Perang Taiping atau Taiping War Cemetery
merupakan kawasan perkuburan askar yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dan
juga semasa darurat.
Taiping adalah lokasi pengunduran British sewaktu
pencerobohan Jepun ke atas Tanah Melayu di sepanjang Pantai Barat Semenanjung.
Taiping juga digunakan sebagai tempat untuk berehat dan
pemulihan bagi Indian Infantry Brigade yang ke-6 dan ke-15 sewaktu peperangan
sedang berlaku di utara Tanah Melayu.
Banyak unit perubatan telah ditempatkan di sana sebelum
mereka berundur ke Singapura.
Askar-askar yang disemadikan di sini termasuk askar British,
India dan juga askar Melayu yang beragama Islam.
Ia terletak di Jalan Bukit Larut, Taiping, diuruskan oleh
Commonwealth War Grave Commission (CWGC) atau Suruhanjaya Perkuburan Perang
Komanwel.
Kawasan perkuburan ini terbahagi dua yang dipisahkan oleh
Jalan Air Terjun. Sebelah tenggara menempatkan plot kubur Kristian (askar
British dan Komanwel). Sebelah barat laut menempatkan plot kubur Muslim,
Gurkha, serta beberapa batu nisan Cina Malaysia.
Di kawasan kubur Kristian terdapat Monumen Peringatan berupa
Cross of Sacrifice (Salib Pengorbanan).
Manakala di sebelah bertentangan dilengkapi dengan Stone of
Remembrance (Batu Peringatan) yang tertulis "Their Name Liveth For
Evermore". Bagi kubur muslim, ia ditanam seperti di tanah perkuburan Islam
biasa dan mengadap kiblat.
Tanah perkuburan ini bukan menempatkan mangsa daripada satu
medan tempur sahaja. Begitu juga, ia bukan tempat awal dikebumikan sebaik
selepas kematian.
Selepas Perang Dunia Kedua, kubur dipindahkan dari kawasan
pertempuran, tapak pengebumian sementara serta tanah perkuburan kampung atau
awam yang sukar dijaga secara kekal.
Jenazah dipindahkan dari pelbagai tempat dan dikembumikan
kembali di situ dengan reka letak yang tersusun dan data maklumat peribadi
setakat yang diketahui yang ditulis di setiap batu nisan.
Sebanyak 856 korban telah disemadikan di sini.
Batu nisan yang tidak tercatat apa-apa maklumat bermaksud
tidak dikenal pasti namanya, tetapi dikenal pasti sebagai anggota tentera yang
terkorban ketika Perang Dunia Kedua.
Terdapat lebih 500 kubur yang tidak
dikenal pasti identitinya.
Nama-nama tentera yang terkorban itu didaftarkan dan
direkodkan yang mencatatkan nama, pasukan, tarikh meninggal dunia dan usia
ketika kematian.
Contohnya, rekod Prebet Henry Maxwell Geddes McCracken
daripada Federated Malay States Volunteer Force, meninggal dunia pada 31
Disember 1941 ketika berusia 29 tahun.
Rujukan kuburnya ialah 2.C.8. Itu bukan biografi lengkap,
tetapi cukup untuk mengingatkan bahawa setiap rekod merujuk kepada seorang
individu.
Di batu nisan identiti agama Islam dapat dilihat pada
tulisan "Bismillahirrahmanirrahim". Manakala
bagi Kristian terdapat tanda salib.
Tanah Perkuburan Perang Taiping terbuka kepada lawatan umum.
Kawasan perkuburan Kristian.
No comments:
Post a Comment