Kepentingan
perpaduan dalam membina kekuatan dapat dikesan dalam sirah Rasulullah, yang
mana ketika mula berhijrah ke Madinah, perkara pokok dilakukan ialah menyatukan
kaum Muhajirim dari Makkah dengan kaum Ansar penduduk asal Madinah.
Apabila
seorang mengaku Islam, bermakna seluruh hidupnya berdasarkan kepada peraturan
ditetapkan ajaran Islam. Antara seorang
Islam dengan orang Islam lain tiada bezanya di sisi Allah melainkan tingkat
ketakwaan dan keimanan.
Oleh
itu, tiada seorang pun boleh mendabik dada mengaku dirinya lebih baik di sisi
Allah disebabakan keturunan, kekayaan, darjat dan kepandaian. Semua umat Islam adalah bersaudara, biarpun
berlainan bangsa dan budaya.
Jelas
sekali hubungan sesama Muslim tidak harus ada sengketa yang boleh melemahkan
ummah. Sekiranya ada perbezaan pendapat,
maupun dalam hal menjaga kepentingan sendiri, umat Islam perlu lebih berfikiran
terbuka dan memikirkan kesan tindakan yang dilakukan.
Tidak
patut ada individu Islam yang dianiayai oleh orang Islam sendiri. Memusuhi sesama Islam samalah meruntuhkan
jambatan agama yang selama ini menjadi kekuatan Islam.
Mereka yang lebih suka kepada permusuhan sebenarnya telah melakukan dosa dan mendustai ajaran Islam.
Mereka yang lebih suka kepada permusuhan sebenarnya telah melakukan dosa dan mendustai ajaran Islam.
Dalam
usaha untuk merubah sikap sesetengah individu yang sukakan perpecahan, revolusi
minda yang berasaskan kepada memerdekakan jiwa, dan membina keyakinan diri
perlu dijana kepada setiap individu Muslim.
Dalam
usaha membentuk perpaduan lebih kukuh, Islam melihat kaedah saling menasihati
sebagai antara cara paling berkesan. Tindakan ini bukan bermakna menjaga atau mencampuri urusan orang lain,
tetapi sebagai jalan untuk kebaikan bersama.
Apa
yang dilakukan adalah semata-mata ikhlas kerana Islam dan demi kebaikan orang
dinasihati dan seluruh umat Islam. Kejayaan membawa individu lain ke arah
kebaikan dan menjauhkan daripada haluan keburukan adalah tanda kejayaan yang
amat bermakna untuk kebaikan semua.
Ada
golongan yang merasakan dirinya cukup sempurna dan tidak perlu dinasihati. Apa sahaja yang dilakukan pihak lain dianggap
tidak mengikut kehendak agama. Sedangkan, mereka sendiri tidak melakukan apa-apa untuk kebaikan umat
Islam.
No comments:
Post a Comment