Monday, 5 February 2018

KAPAL SELAM MALAYSIA

Keperluan untuk memiliki kapal selam bagi TLDM sebenarnya telah wujud sejak tahun 1997. Tapi disebabkan aset bawah permukaan (submarine) ini lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang) dan ekonomi merundum, maka ia terus ditangguh.

Namun penangguhan tersebut ada sebabnya.  Ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai untuk memiliki kapal selam. Sebelum memiliki kapal selam, TLDM perlukan aset permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain-lain kapal sokongan yang ampuh.

Terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine Warfare (ASW).  Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet pertahanan ketika itu ditumpukan pada kapal permukaan dahulu.

Indonesia merupakan negara ASEAN pertama memperoleh kapal selam pada tahun 1960-an dan diikuti pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal selam yang uzur ini, 3 buah kapal selam dari Korea Selatan, kelas Chang Bogo telah dibeli.  

Singapura sebaliknya memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada 1995 sebanyak 4 buah kelas Challenger dan 2 buah kelas Archer.

Vietnam pula memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada 2014. Perancangan pemilikan enam kapal selam jenis Kilo ini dilakukan pada 2009 selepas beberapa peristiwa pertembungan dengan tentera laut China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan Spratly. 

Filipina yang pada ketika ini masih berdepan dengan pertembungan dengan China di perairan Scarborough Shoal membuat perancangan memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail Plan 2020 yang akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.

Thailand juga membuat perancangan membuat perolehan enam kapal selam milik tentera laut Jerman untuk menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk Thailand. Pemilikan kapal selam dari jenis U-206 menelan belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun bersaiz kecil tetapi sesuai digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.

Malaysia secara amnya tidak mempunyai pengalaman mengenai kapal selam. Jadi, untuk memilih calon kapal selam terbaik, pengeluar kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod pengoperasian kapal selam yang terbaik mengikut teknologi semasa.

Jerman dan Rusia ketika sudah pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang membangunkan kapal selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika itu sedang membangunkan generasi terkini kapal selam..

Di samping itu, 2 buah kapal selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk dijual kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.

Jadi, kapal selam mana yang Malaysia patut pilih? Sama juga situasi dengan Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan kapal selam sedia ada dari German dan Rusia, tetapi perancang TLDM mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan untuk jangka masa lama dan mampu menandingi kesemua ancaman maritim.

Oleh kerana Scopene kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender dilakukan. Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah kapal selam baru dan terkini pada TLDM.

Keputusan itu mengenetepikan semua tawaran calon lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM.  Termasuklah 2 kapal Belanda yang tersadai di Lumut yang akhirnya dipotong menjadi besi buruk.

Kos untuk membeli kapal selam generasi terbaru ini sudah tentu bukanya murah. Malah kos lain turut menyumbang peningkatan yang lebih mahal.

Memandangkan Scopene kapal selam pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai sebarang fasiliti untuk menempatkan Scopene, dan perlu melatih krew baru kapal selam.

Untuk melatih krew kapal selam, similator yang bakal dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba pengalaman,, dan sukar untuk Perancis memimjamkan kapal selam milik mereka untuk tujuan latihan.

Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan fasiliti latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar.

Semua kos tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub baru, sub terpakai, fasiliti, peluru dan latihan. Tetapi sistem AIP untuk menjadikan kapal selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.

Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk 6 buah cuma bernilai RM770 juta? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan harga RM6.4billion. Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7 billion?  

Iini penjelasanya. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan teknologi Type U-206 dengan Scopene? Dah tentu tak patut. Sudah tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak? Takkan la Thailand nak tengok jiranya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia borong kapal selam, tanpa turut serta memperkasakan armada lautnya.

Thailand yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.

Kilo-636 dibeli agak murah untuk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2 Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama mengoperasikan kapal selam.

Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam Salmon Class dari Korea Utara. Ini bermakna Vietnam sudahpun mempunyai fasiliti latihan, logistik dan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia sebagai pengguna pertama kapal selam.

Dan paling penting, Scopene antara kapal selam tercanggih di rantau ini dan dibuktikan apabila Singapura juga merancang untuk membeli kapal selam tambahan dari kelas Scopene biarpun telah mempunyai 2 buah kapal selam yang telah dinaiktaraf dan canggih.

No comments:

Post a Comment