Kerabu sare satu menu terkenal di Kelantan. Sare atau dipanggil juga 'sarang' ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan. Sare yang telah dikeringkan boleh
simpan lama berbulan-bulan malah bertahun.
Selalunya sare hanya dibuat kerabu yang
dipanggil kerabu sare. Kerabu sare dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai ulam
atau penambah rasa.
Sare kering perlu direndam satu malam untuk
menjadi kembang dan mudah dibersihkan. Kebanyakan sare yang ada di pasaran sekarang sudah agak bersih berbanding apa yang dijual pada dekad-dekad dahulu.
Setelah dibersihkan, sare perlu dicelor atau dipanaskan dalam
air seketika untuk menjadikan ia lembut. Keadannya menjadi sedikit kembang. Secara konsepnya, sare yang telah kembang sudah boleh dimakan, tetapi rasanya tawar.
Untuk menambah rasa kepada sare, maka itulah sebab dibuat tumis atau kerabu. Tumis kerabu sare sama dengan tumis nasi kerabu, atau apa-apa cita rasa penggemarnya. Sebab itu ia berbeza-beza mengikut cita rasa masing-masing.
Sebenarnya, jika tidak minat tumis, boleh juga disediakan apa jenis ramuan untuk menambah perisa kepada sare. Ada yang sekadar mencampurkan sedikit cuka, garam dan gula. Itu pun sudah cukup. Ada yang makan kosong sebagai ulam. Yang penting menepati cita rasa anda dan keluarga.
No comments:
Post a Comment