Satu peritiwa
penting pada bulan Ramadan ialah Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan
al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril. Peristiwa Nuzul
al-Quran berlaku pada 17 Ramadan.
Ayat mula-mula diturunkan adalah lima ayat
pertama daripada surah Al-Alaq. Ketika itu Rasulullah berada di Gua Hira. Sejak
daripada peristiwa itu al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23
tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah sebelum lengkap
sepenuhnya pada 10 Hijrah.
Secara umumnya al-Quran mempunyai 114 surah dan 6,666 ayat. Namun begitu pendapat yang paling masyhur tentang jumlah ayat al-Quran adalah lebih daripada 6,200 ayat cuma bilangannya secara tepat berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain.
Dari segi susunan pula al-Quran dimulai
dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas. Surah yang terpanjang
pula adalah surah al-Baqarah (287 ayat) dan terpendek surah al-Kauthar (tiga
ayat).
Penurunan al-Quran berlaku dalam dua
bentuk iaitu secara sekali gus dan beransur-ansur. Bagaimanapun terdapat
perselisihan pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara
sekali gus. Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan fi Ulum al-Quran’ berdasarkan
tiga riwayat oleh Ibn Abbas, Hakim dan al-Nasaie hanya membahagikan kepada dua
peringkat sahaja.
No comments:
Post a Comment