Asparagus
adalah salah satu daripada sepuluh hidangan terkenal di dunia. Asparagus mendapat
gelaran "raja sayuran" dalam pasaran antarabangsa.
Asparagus
kaya dengan asid amino, protein dan vitamin, kandungannya lebih tinggi daripada
buah-buahan dan kebanyakan sayur-sayuran, terutamanya asparagin dalam asparagus
dan unsur surih selenium, molibdenum, kromium, mangan dan lain-lain.
Memakan asparagus
dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan memperbaiki imuniti badan.
Asparagus
yang biasa ditanam atau dijual di pasaran adalah berwarna hijau. Namun sekarang
ini terdapat asparagus berwarna ungu atau asparagus purple passion. Asparagus ungu
masih kurang di pasaran.
Benih
asparagus ungu boleh dibeli di kedai pertanian dan secara atas talian. Bagaimanapun,
cara menanam menggunakan akar dikatakan lebih sesuai.
Selepas dua minggu
ditanam, pokok crown asparagus purple passion akan muncul. Ia lebih cepat dapat
dituai berbanding masa empat bulan diperlukan jika menggunakan biji benih.
Asparagus
ungu memiliki rasa yang lembut dan manis dan lebih manis daripada kebanyakan
jenis asparagus lainnya. Warna ungu pasti menjadikan salad mentah menjadi lebih
menarik. Pun begitu, uniknya warna ungu itu akan bertukar hijau jika dimasak.
No comments:
Post a Comment