Sunday 16 February 2020

SUASANA KAMPUNG DIHIASI POKOK KELAPA

Suasana di kampung sering dihiasi dengan pokok kelapa yang tegak berdiri menjadi identiti kampung. Di mana-mana kawasan kampung, pokok kelapa tidak sukar untuk ditemui. Bahkan di kawasan penempatan tepi pantai dan tanah beris, pokok utama dapat dilihat ialah pokok kelapa.  

Tegap pokok kelapa seteguh hidup rukun dan saling membantu penduduk kampung. Lambaian daun kelapa menggamit rasa rindu untuk perantau sentiasa mengingati kenangan di kampung.

Kelapa atau juga lebih dikenali sebagai nyiur adalah tumbuhan saka (jenis tumbuh-tumbuhan yang masih terus hidup dan berbunga se­lepas dua tahun). 

Tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi.

Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh.

Kesemua bahagian pokok kelapa berguna. Pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa setahun. Kelapa mempunyai nilai ekonomi yang tinggi terutama penduduk kampung yang memanfaatkan seluruh bahagian pokok.

Sebab itu, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan".

Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:
- Batang kelapa boleh dibuat titi
- Jika diproses, batang digunakan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai
- Daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan
- Lidi kelapa boleh dibuat penyapu
- Sabut kelapa boleh dibuat tali
- Tempurung menjadi bahan bakar dan barangan kraf tangan
- Santan digunakan untuk memasak dan diproses menjadi minyak masak
- Air kelapa menjadi minuman yang menyegarkan.
- Akar digunakan ketika merebus jering.
- Nira dijadikan minuman mahupun diproses menjadi manisan.
- Isi kelapa muda dijadikan makanan dan diparut untuk dimakan bersama kuih
- Sabut kelapa digunakan untuk membakar.



No comments:

Post a Comment