Saturday, 19 September 2020

PENIAGA ONLINE WAJIB PAMER TANDA HARGA

Bukan setakat peniaga di kedai fizikal sahaja yang wajib mempamerkan tanda harga, peniaga dalam talian juga wajib mempamerkan tanda harga serta segala maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan yang hendak dijual kepada pelanggan.

Setiap peniaga adalah tertakluk kepada peruntukan perintah kawalan harga, penandaan harga oleh penjual di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kegagalan peniaga mematuhi peruntukan penadaan harga adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

No comments:

Post a Comment