Wednesday, 30 June 2021

KEBUN DURIAN SISTEM BUSUT

Untuk berjaya perlukan ilmu. Ilmu bagai penunjuk arah tuju. Demikianlah untuk memulakan projek penanaman durian, perlu ada ilmu dan ikut teknik tertentu.

Menerima pandangan dan info daripada beberapa pihak, termasuk info MARDI. Cadangan diambil kira dan disusuli tindakan. Insya-Allah plan pun dah dirangka berserta set target.

Plan your work, work your plan. Kerja akan lebih tersusun, menuju arah dan matlamat yang jelas. Plan jangka masa panjang.

Memandangkan tanah kebun ni adalah landai dan rata. Maka, tapak "dibersihkan" sebelum ini perlu dibuat busut.

Sistem busut (seperti gambar), jaraknya 8x6 meter. Ketinggian 3-6 kaki mengikut jenis tanah dan kawasan.

Tujuan dibuat busut untuk elak dari takungan air dan stres akar pokok. Akar akan buruk jika air bertakung, pokok akan mati.

Ada juga yang syorkan guna "kerek telago" juga boleh dijadikan sistem busut. Susun berjujuk dengan jarak yang sesuai. Ini akan lebih memudahkan kerja pembajaan dan baja tak akan membazir ke lain.

Semua info dan cadangan diambil maklum, termasuk yang syorkan campur 1/3 Musang King, 1/3 Tupai King (duri hitam) & 1/3 "Rare King" (cantuman pelbagai benih terpilih).

Idea yang diperoleh untuk bertani dengan lebih jelas wawasan ke depan. Apa pun mengambil tempoh masa dan memerlukan usaha yang berterusan.

Idea bermulanya langkah demi langkah. 1000 langkah ke depan, bermula dengan langkah pertama.

FB Mohd Sabri Yusoff

No comments:

Post a Comment