Tuesday 6 July 2021

KERAJAAN BINA RUMAH IKAN

Mungkin banyak orang bertanya, mengapa ukuran rumah ini kecil. Ya... memang ukurannya kecil tetapi untuk dihuni banyak penghuni.

Gambar itu sebenarnya rumah ikan atau tukun tiruan. Konkrit itu akan dilabuhkan atau ditenggelamkan di kawasan tengah laut. Tukun tiruan ini akan menjadi tempat tinggal atau pembiakan ikan.

Tukun tiruan ini dalam proses pembinaan di Pulau Kambing Kuala Terengganu. Sebanyak 45 unit tukun dibina dengan dana Kerajaan Negeri bernilai RM1j dan 12 unit tukun bernilai RM300 ribu dari peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Setiap unit tukun tiruan seberat kira-kira 17 tan. Menggunakan tetulang besi seberat kira-kira 1.1 tan dengan konkrit grade 35. Sasaran jangka hayat mampu bertahan di dasar laut untuk tempoh 50 tahun.

Kerajaan Terengganu banyak terlibat membina tukun tiruan pelbagai bentuk. Ia termasuklah bot atau kapal lama yang ditenggelamkan untuk dijadikan rumah ikan.

Usaha berterusan kerajaan Terengganu bagi memperkayakan lagi sumber perikanan negeri untuk manfaat para nelayan.

Gambar FB Dr Azman Ibrahim

No comments:

Post a Comment