Pertanian
adalah satu bidang yang mampu menjana pendapatan lumayan. Begitulah juga kisah
seorang anak muda yang berasal dari Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling
Kedah.
Meneruskan
legasi arwah ayahnya, kini Mohamad Amirul Ashraf Abd Halim, 27, mengusahakan
ladang sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi seluas 5.7 hektar.
Beliau
yang juga bekas pelajar Kolej Komuniti Baling dalam bidang pastri pernah
menimba pengalaman bekerja di luar negara.
“Atas
rasa cintakan tanah air dan ingin berbakti kepada masyarakat akhirnya saya
mengambil keputusan untuk kembali ke kampung dan meneruskan perusahaan pertanian
arwah ayah saya dengan mengusahakan pelbagai jenis sayuran”.
“Walaupun
bidang yang saya pelajari berlainan dengan apa yang saya sedang usahakan
sekarang, kita perlu berani jika ingin berjaya. Jabatan Pertanian banyak
memberi tunjuk ajar serta kursus untuk kita mahir dalam bidang pertanian
seterusnya berjaya mendapatkan pendapatan lumayan,” katanya.
Tanah
seluas 5.7 hektar yang diusahakan Amirul mampu menghasilkan sebanyak 500 hingga
700 kilogram sayuran setiap hari dan dipasarkan ke pasar mini, pasar borong dan
jualan secara langsung kepada pengguna di kawasan Baling, Padang Serai dan
Kuala Ketil.
“Saya
rasa amat bersyukur kerana pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah Baling telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan agar saya dapat berjaya dalam bidang
pertanian dan seterusnya memastikan bekalan makanan terjamin dan selamat
dimakan.” tambahnya.
Ladang
Amirul telah mendapat pensijilan myGAP pada tahun 2020 yang mana hasil keluaran
ladang ini menepati piawaian Malaysian Standard (MS). MS 1784:2005 Crop
Commodities – Good Agricultural Practice.
No comments:
Post a Comment