Sunday, 22 August 2021

INDAHNYA HIDUP ZAMAN KANAK-KANAK DAHULU

Indahnya hidup zaman kanak-kanak dahulu. Bebas bergaul dan bermain macam-macam jenis permainan.

Budak dahulu lasak. Mandi sungai, main air hujan, berkejaran dalam lumpur, memanjat pokok, bermain dengan binatang ternakan dan sebagainya.

Sanggup berhujan memacing ikan, menahan taut, pasang pukat dan tahan tembila. Pada musim kemarau pula berkubang menimba di kubang ikan.

Kena sengat ikan keli tu kira sudah biasa sangat. Hanya jarang-jarang ada yang kena pagut ular.

Makanan budak dahulu agak terhad dari segi jenis dan rasa. Namun, semua itu makanan yang sihat. Ibu bapa mereka sendiri yang masak.

Musim buah, mereka panjat sendiri pokok buah-buahan di kebun milik keluarga. Atau, kalau yang nakal akan mencuri buah dari kebun jiran.

Budak sekarang boleh makan macam-macam jenis. Ada yang berasal dari luar negara. Tengok sahaja di media maya terus boleh dipesan. Ada perkhidmatan hantar makanan ke rumah.

Tetapi, kebanyakan jenis makanan itu yang mendatangkan bahaya. Ada kandungan tidak sihat atau berbahaya. Hari-hari mereka makan ‘racun’.

Sebab itu, budak sekarang mudah mendapat sakit. Belum apa-apa sudah ada yang mengalami kegemukan. Banyak pelajar sudah bergelar pengidap kencing manis pada usia muda.

Cuba tanya orang dewasa ... indah tak hidup mereka pada masa kanak-kanak dahulu. Pastinya banyak yang menjawab .... teramat indah dan seperti ingin kembali kepada alam tersebut.

No comments:

Post a Comment