Berlatar
belakang alam semulajadi dengan sentuhan binaan menarik dan kreatif, berkunjung
ke Chalet Atuk Dolah, Kampar amat mengujakan yang menjanjikan kepuasan maksimun.
Bagi
mereka yang tidak biasa dengan hutan dan alam semulajadi, pengalaman di Chalet
Atuk Dolah pasti menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Memang
syok kalau dapat menginap di Chalet Atuk Dolah. Kawasan memang cantik. Jeram
dan air sungai yang amat jernih.
Paling
menyeronokkan, boleh rentas hutan. Di bahagian atas ada air terjun yang menarik.
Airnya sejuk.
Kemudahan
yang ditawarkan lengkap, dengan surau yang selesa, dapur masak, tempat BBQ,
Astro Njoi, penghawa dingin, galeri pameran dan macam-macam lagi.
Lokasi
Chalet Atuk Dolah, D/T BB 32 Jalan Besar, Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak. Hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit berkenderaan dari pekan Kampar.
Berminat
hendak ke sana, boleh dapat maklumat di FB Chalet Atuk Dolah.
Gambar-gambar dari media maya.
No comments:
Post a Comment