Thursday, 21 October 2021

TARIKH 32 OKTOBER SEKALI DALAM TEMPOH 220 TAHUN

Mereka yang lahir pada 29 Febuari hanya akan menyambut hari ulang tahun kelahiran setiap empat tahun. Kalau hendak sambut juga seperti orang lain, kenalah sambut pada 28 Febuari atau 1 Mac, sebagai tarikh terdekat.

Tahun yang ada tarikh 29 Febuari dinamakan tahun lompat.

Mereka yang lahir pada 29 Febuari dianggap masih bertuah kerana dapat juga sambut hari lahir setiap empat tahun sekali.

Amat malang jika mereka yang lahir pada 32 Oktober 1978. Ya, tarikh 32 Oktober hanya berlaku sekali dalam tempoh masa 220 tahun.

Jadi, mereka yang lahir pada 32 Oktober 1978 hanya berpeluang menyambut hari ulang tahun pada tarikh 32 Oktober pada tahun 2198.... itupun jika masih hidup!

Banyak orang tidak percaya tentang ada 32 Oktober. Tentang gambar kalender pada bulan Oktober 1978, banyak orang kata itu sikap cetak. Kalau dicari kalender tahun 1978 di internet, memang tidak ada tarikh 32 Oktober. Kalau begitu, dikatakan tarikh 32 Oktober 1978 memang tidak wujud. 

Pun begitu, dalam beberapa hantaran di laman sosial, ada individu yang mengaku dia dilahirkan pada 32 Oktober 1978. Malah, dikatakan sudah ada kumpulan yang menghimpunkan individu yang lahir pada tarikh tersebut. 

Memang tidak pasti, sama ada yang mengaku itu betul-betul lahir pada tarikh tersebut, kerana tidak ada yang mengambar kad pengenalan sebagai bukti. 

Jadi, satu cara yang difikirkan menyelesaikan masalah ini ialah carian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang individu yang lahir pada tarikh tersebut. Boleh juga diusahakan dapatkan bukti bercetak yang ada mencatatkan tarikh 32 Oktober 1978. Arkib Negara mungkin juga ada menyimpan sejarah yang dikatakan berlaku sekali dalam masa 220 tahun ini. 

Kita tunggu bukti yang nyata dan kukuh mengenainya. Kalau tidak ada, sekadar bukti kalender itu sahaja, bolah dianggap bahawa kalender itu silap cetak.  

Tapi kalau korang google dan buat pencarian gerenti tak akan jumpa lagi. Apa yang pastinya dalam setiap bulan hanya ada tarikh 28, 30, 31 dan pastinya tarikh 29 iaitu tarikh lompat pada bulan Februari yang disambut empat tahun sekali.

No comments:

Post a Comment