Pokok
kesum memang dikenali ramai. Tumbuhan herba renek yang sering dijadikan bahan
penambah perisa dalam masakan seperti laksa, asam pedas atau ulam.
Kesum
ataupun nama saintifiknya Polygonum minus adalah tumbuhan aromatik
dalam keluarga Polygonaceae, yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim
sederhana.
Daun
kesum dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A dan C serta kandungan
mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Selain
aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan
hanyir ikan.
Daun
kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C.
Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan
dan memiliki sifat-sifat antimikrob.
Dalam
perubatan Melayu pula, daun kesum dipercayai mempunyai khasiat tersendiri.
Antara khasiatnya ialah:
-
Air rebusan digunakan untuk mengubati masalah kembung perut.
-
Dapat membantu menghilangkan kelemumur.
-
Kaya dengan beta karotena, vitamin A dan vitamin C.
-
Kaya bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
-
Bersifat panas dan baik untuk wanita selepas bersalin.
-
Dapat membantu mengatasi masalah keputihan wanita.
-
Mengekalkan tenaga.
-
Awet muda.
Penanaman
kesum di kawasan rumah membolehkan ia mudah diambil sekiranya ingin digunakan
di dalam masakan.
Terdapat
beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang
ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Benih
kesum diambil dari keratan batang. Pastikan pilih keratan batang yang matang
dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah
layu. Ukuran keratan yang dingin dijadikan benih sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Kesum
merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya
pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip
air ataupun kawasan yang lembap.
Pokok
kesum boleh ditanam di atas tanah, di dalam pasu mahupun secara hidroponik.
Jika
memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut
adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah
tersebut adalah kawasan yang lembap.
Penanaman
kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah.
Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar
air yang keluar dari pasu.
Hal
ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum
hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang
sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu
tersebut.
Pokok
kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan
sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok
kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos.
Hasil
boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan
meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baharu untuk
naik dengan seragam.
Penanaman
kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik
dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
No comments:
Post a Comment