Bayang atau bayang-bayang
terjadi apabila yang tersinar dari sesuatu punca terhalang dalam laluan
melurus daripada mengena sesuatu permukaan atau benda yang tegap.
Jika
sumber cahayanya memancar lemah akibat halangan daripada persekitaran, seperti
matahari pada hari berawan, bayangan yang terhasil tidak ketara.
Banyang
juga adalah gambar yang terbentuk pada cermin, air atau sesuatu yang bekilat membalikkan
sesuatu objek berhampiran.
Tempat
teduh tidak akan menampakkan bayang-bayang kerana teduhan itu sendiri sudah
merupakan bayangan sebuah benda yang menghalangi sinar matahari.
Kekuatan
sinar cahaya yang terpancar menentukan tebal tipisnya bayangan benda itu, jarak
sumber cahaya dan jarak benda terhadap benda tertimpa bayangannya menentukan
panjang dan pendeknya bayangan itu jika bayangan menimpa benda lain.
Sumber
sinar matahari panjang bayangan benda ditentukan oleh sudut ketinggian sinar
matahari sedangkan sumber cahaya yang lain ditentukan oleh jarak benda terhadap
titik pusat sumber sinar.
Apabila
suatu benda bergerak mendekati titik pusat cahaya, bayang-bayang benda tersebut
akan membesar kerana benda tersebut mendekati titik cahaya pada sumber cahaya
itu, sehingga bayangan benda menjadi lebih besar.
Apabila
sesuatu benda menjauhi cahaya, bayang-bayang benda tersebut pun menjadi kecil
kerana benda tersebut menjauhi titik sumber cahaya.
Hal ini sesuai dengan sifat
cahaya yang merambat merupakan garis lurus menyebar dari satu titik pusat
cahaya, contoh sumber cahaya lampu lampu stadium, matahari, dan masih banyak
sumber cahaya lainnya.
Ada
beberapa peribahasa atau kiasan berkaitan atau menggunakan perkataan bayang.
Kiasan
ada bayang dalam ingatan adalah merujuk kepada sesuatu yang digambarkan di
dalam fikiran.
Manakala
peribahasa bayang disangka tubuh ialah mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Maksud bayang sepanjang badan (tubuh) pula bermaksud sesuatu yang dikerjakan
hendaknya berpadanan dengan kekuatan diri.
Peribahasa
bayang tidak sepanjang badan pula ialah berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan.
Satu lagi peribahasa ialah dimabuk bayang yang bermaksud ingin akan sesuatu yang
mustahil.
Takutkan
kepada bayang sendiri pula ialah perasaan takut kerana perbuatan buruknya
sendiri.
Menurut
Fernease (1992) apabila cahaya menyentuh permukaan yang berbeza cahaya mungkin
akan memantul, menyerap dan cahaya akan dihantar serta dibiaskan.
Cahaya
spekular atau cahaya terus dalam jumlah yang kecil seperti cahaya matahari atau
cahaya yang berasal dari sumber kecil yang jelas akan menghasilkan
bayang-bayang.
Manakala
menurut teori Gibbs (1997) jarak lampu dan cahaya memainkan peranan penting
kepada bayang-bayang. Jarak lampu dan objek yang jauh menyebabkan bayang-bayang
lambat sampai kepermukaan.
Hal
ini kerana cahaya memerIukan masa untuk sampai kepermukaan. Oleh itu, jarak
lampu dengan objek dan dinding perIu dikurangkan untuk memastikan bayang-bayang
yang terhasil lebih gelap.
Seni
bayang memainkan peranan penting dalam cara untuk melihat dunia dan memerIukan masa
untuk melihat apa yang ingin disampaikan oleh seseorang artis dalam penghasilan
karya mereka.
Keupayaan
artis dalam penyampaian mereka dengan penonton melihat objek 3D dalam bentuk
bayang-bayang 2D.
Ewart
1998 menghasilkan karya bayangan boneka purba Cina dalam bentuk bayang-bayang
tangan. Seni bayang adalah karya seni yang kelihatan seperti satu perkara yang
dilihat secara langsung, tetapi bayang yang terhasil menjadi sesuatu yang lain.
Pelbagai
jenis seni bayang yang dapat kita lihat seperti arca bayang dan teater bayang. Arca
bayang merupakan karya berbentuk arca dan cahaya dipancar kepada arca tersebut.
Karya
seperti ini dapat dilihat seperti bayang yang terhasil tidak sarna seperti arca
tersebut. Artis yang menghasilkan karya seperti ini adalah Ryota Kuwakubo, Diet
Wiegman, Tim Noble dan Sue Webster.
Terdapat
pelbagai jenis seni bayang antaranya adalah arca bayang dan teater bayang. Arca
bayang merupakan sebuah arca yang dihasilkan dengan bantuan cahaya untuk
membentuk arca tersebut.
Hasil
arca pada kesan pantulan cahaya adaIah tidak sarna dengan arca yang sebenar.
Teater bayang merupakan hasil karya seni yang berbentuk pergerakan bayang.
Ada banyak lagu yang menggunakan perkataan bayang atau bayangan sebagai tajuk mahupun liriknya.
Antara lagu paling popular ialah Rindu Bayangan yang dari kumpulan Carefree.
RINDU BAYANGAN.
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lama 'kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi?
Hanya luka lama 'kan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi?
Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
O-oh, inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Sudah suratan takdir menentukan
O-oh, inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan
No comments:
Post a Comment