
Aktiviti perniagaan atau jual beli adalah perkara halal yang dibenarkan dalam islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (bunga).”
Rukun
jual beli adalah perlu adanya penjual dan pembeli, akad jual beli, barangan
atau perkhidmatan dan harga yang dinyatakan.
Dalam
jual beli melibatkan persetujuan bersama iaitu penjual bersetuju menjual sesuatu
dengan harga tertentu dan pembeli pula bersetuju membeli dengan harga yang
dinyatakan.
Tentang
harganya, tidak ditetapkan berapa yang perlu diletak, melainkan harga yang
telah dikawal oleh kerajaan untuk tujuan mengelak manipulasi harga atau peniaga
mengambil kesempatan menetapkan harga yang tinggi.
Jadi,
tidak timbul isu harga mahal atau tidak kerana lazimnya, matlamat jual beli
tercapai jika kedua-dua pihak meredai (al-taradi) harga yang sudah dipersetujui
lebih awal.
Apa
yang menjadi kesalahan dalam Islam jika tiada harga dinyatakan atau tidak
dibincang atau dimaklumkan lebih awal.
Isu
harga biasanya timbul dalam kes pelanggan tidak berpuas hati dikenakan harga
yang tinggi apabila menikmati makanan di restoran dan kedai makan.
Masa
memesan makanan, kita lebih fikirkan tentang apa yang hendak makan. Asal nampak
sedap dan nafsu hendak makan, maka dibuat pesanan tanpa memikirkan atau menyemak
senarai harga.
Apabila
hendak bayar baharu terasa bahawa harga itu mahal. Tidak berbaloi dan sebagainya.
Untuk
mengelak perkara tidak puas hati berlaku, dapatkan senarai harga dahulu. Itulah
yang ditetapkan oleh Islam.
Kalau
kita pesan tanpa bertanya tentang harganya, itu sudah termasuk dalam senarai
uruf atau kebiasaan yang boleh diterima sebagai ia telah menjadi sebahaigan
daripada persetujuan pembeli menerima apa-apa harga yang diminta oleh penjual
apabila selesai menjamu selera.
Kebiasaannya
mana-mana restoran makanan laut segar tidak kira pemiliknya Islam atau bukan
Islam akan maklumkan dulu kepada pelanggan anggaran harga untuk berapa gram
(gm) atau kilogram (kg) atau sama ada dinyatakan dalam buku menu atau
dipaparkan di senari harga.
Kalau
itu berlaku, pihak peniaga tidak salah kerana pemakluman harga sudah berlaku
lebih awal dan kita sebagai pelanggan reda untuk mengambil ikan bersama berat
pilihan kita dan dalam hal ini jual beli berlaku secara al-taradi iaitu reda
antara dua pihak.
No comments:
Post a Comment