Pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) turut dianggotai anggota wanita. Penglibatan wanita dalam PDRM bermula
dengan penubuhan Cawangan Polis Wanita pada Ogos 1955.
Penugasan anggota wanita
termasuklah dalam cawangan trafik. Penglibatan pegawai dan anggota polis trafik
wanita dari segi penugasan mengawal lalu lintas seawal tahun 1957.
Kemudian ia mula berubah
secara berperingkat apabila kebanyakan tugas oleh polis trafik lelaki kini
turut dilaksanakan oleh polis trafik wanita.
Dahulunya tugas mereka
dihadkan kepada tugas pejabat, tugas mengawal dan membantu pelajar sekolah dan
warga tua melintas jalan serta tugas kawalan lalu lintas bagi membantu anggota
polis trafik lelaki. Kini ianya telah berubah mengikut peredaran zaman dan
ketika.
Secara rasminya, anggota
polis wanita dalam cawangan polis trafik adalah pada 8 November 1973.
Pernah menjadi sejarah
apabila Ketua Trafik Pasukan pada tahun 2006 sehingga 2007 adalah seorang
wanita. Beliau Senior Commisioner of Police II (SAC II) Datuk Nooryah Binti Md.
Anvaar telah dilantik memimpin Cawangan Trafik yang merupakan salah satu cabang
di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).
Tugas penyiasatan kes-kes
kemalangan jalan raya sebagai pegawai penyiasat (IO) dan penolong pegawai
penyiasat (AIO), selain turut menjadi pegawai operasi penguatkuasaan dan
menjadi Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) kini
turut digalas oleh polis trafik wanita.
No comments:
Post a Comment