Banyak
orang keliru maksud ejaan ‘khatam’ dan ‘khatan’. Perbezaan kedua-dua ejaan
perkataan tersebut hanya pada aksara terakhir iaitu ‘m’ dan ‘n’
Definisi
khatan: sunat (memotong kulup); berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup:
orang Islam khatan sewaktu masih kecil lagi; mengkhatankan menyunati: biasanya
diadakan kenduri apabila khatan anak; perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan
atau bersunat; pengkhatanan perihal atau perbuatan mengkhatankan: begitu juga
mengenai masalah khatan kanak-kanak perempuan yang sudah biasa dilakukan sebagai
kebiasaan dalam masyarakat Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi
khatam: tamat, selesai, habis; khatam Quran = khatam mengaji tamat atau selesai
mengaji (membaca) Quran; 2. penghabisan, terakhir, penutup; khatam al-anbia =
khawam segala Nabi yang terakhir daripada segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Harap
jangan ditulis kanak-kanak disunatkan sebagai kanak-kanak dikhatamkan. Takut
nanti akan ‘tamat’ fungsi alat jantina kanak-kanak tu nanti.
No comments:
Post a Comment