Kak
Long biasanya digelarkan atau panggilan kepada anak sulung dalam keluarga atau
anak perempuan pertama dalam keluarga. Tetapi, ada juga gelaran Kak Long diberikan
kepada anak bongsu. Bagaimana tu?
Anak
bongsu dipanggil Kak Long kerana suami dia adalah anak sulung dalam
keluarganya. Disebabkan adik-adik suaminya memanggil suaminya Abang Long, maka isteri Abang Long akan dipanggil Kak Long.
Dalam
kes begini seseorang itu akan dipanggil Kak Long dan Adik Su dalam dua keluarga
berbeza. Dipanggil Kak Long dalam keluarga suaminya dan dikenali sebagai Adik
Su di kalangan ahli keluarganya sendiri.
Sekarang
ini ada juga perempuan dipanggil Kak Long bukan berdasarkan statusnya dalam
keluarga. Sebaliknya dia dipanggil Kak Long mengikut kedudukannya dalam
masyarakat atau sikapnya.
Perempuan
yang ‘hebat’ dan ‘berani’ dipanggil Kak Long. Tidak kisahlah dalam keadaan apa.
Yang bertindak melulu marah sana sini pun dipanggil Kak Long. Perempuan ‘gangstar’
pun digelar Kak Long.
Jadi,
Kak Long tidak semestinya anak sulung dalam keluarga atau anak perempuan sulung
pertama dalam keluarga.
No comments:
Post a Comment