Sahabat....
kita telah tua. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi. Menjadi dalam
perkara kebaikan, kerana banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah lama
dikumpul dan diasah. Ilmu itu perlu dikongsikan kepada generasi baharu. Satu
cara untuk berkongsi ilmu ialah melalui penulisan.
Jadi,
apa kata sahabat yang hebat banyakkan menulis secara bijaksana. Sebarkan ia di
media sosial seperti FB agar banyak orang dapat membacanya. Kalau berkongsi di
kumpulan whatsapp, bilangan capaian tidak berapa meluas. Jangan sia-siakan ilmu
dan pengalaman yang ada. Kongsikan kebaikannya kepada lebih banyak orang kerana
ia juga satu bekalan untuk akhirat.
Kalau
sekadar ‘menakir’ di kumpulan whatsapp, itu sekadar jaguh kampung. Hebat di
kalangan kita-kita sahaja. Itupun kandungan sekadar ‘forward’ hok orang lain,
yang kadang-kadang dia sendiri tidak faham mengenainya.
Ayuh,
manfaatkan ilmu yang ada untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment