Terdapat
syarat jual beli yang perlu dipatuhi agar menepati syarak. Jual beli
ditakrifkan sebagai "pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi
tujuan pemilikan kekal (al-Khin, et al, 2004).
Jual
beli termasuk perkara dijelaskan dalam al-Quran. Firman Allah bermaksud:
"Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
(Surah al-Baqarah, ayat 275).
Tegas
di sini, pertukaran harta antara pihak berakad perlu berlaku dalam jual
beli untuk tujuan pemilikan. Jika tidak berlaku pertukaran harta, maka tidak
dianggap satu jual beli.
Harta
itu dalam bentuk berbeza dan mempunyai kepentingan berbeza. Harta itu perlu
memenuhi maksud harta berdasarkan syarak.
Pertukaran
wang dengan wang, walaupun dalam bentuk dominasi berbeza, contohnya A menyerah
note RM10 kepada B, dan B membalasnya dengan 10 keping note RM1, ia bukan satu
bentuk jual beli. Ini kerana ia barang yang sama dan melibatkan nilai yang
sama.
Dalam
urusniaga melibatkan pertukaran dua barang berbeza jenis, ia dianggapkan
pertukaran dua harta kerana mempunyai 'nilai' berbeza dan manfaat juga berbeza.
Sebiji
kelapa ditukar dengan sekilo gula boleh dianggap satu jual beli yang sah. Jual
beli jenis ini dikenali perniagaan batter, yakni barang ditukar dengan barang.
Syarat
lain berkaitan dengan penjual dan pembeli, yang mana kedua-duanya adalah
baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik. Jual beli
melibatkan orang gila tidak sah, sama ada sebagai penjual atau pembeli.
Perkara ini bagi mengelak berlaku penipuan dalam jual beli yang boleh
menimbulkan kerugian bagi pihak yang tidak berakal dan tidak mampu mengurusakan
harta itu. Mereka bukan saja mungkin ditipu dari segi harga, bahkan mungkin
membeli sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, malah mendatangkan bahaya.
Pihak
berkenaan juga bebas melakukan pilihan semasa berakad. Tidak ada
paksaan atau wajib dilakukan. Jual beli dengan paksaan tidak sah. Contohnya,
jika penjual tidak mahu menjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya, walaupun
dibayar dengan harga yang lebih mahal.
Memandangkan
pertukaran itu melibatkan dua pihak, maka penjual dan pembeli mestilah
orang berlainan. Mereka mempunyai kepentingan dan kehendak berlainan atas
tujuan pertukaran itu. Pembeli ingin memperoleh barang dijual itu, sedangkan
penjual ingin mendapat balasan dalam bentuk wang atau sesuatu nilai tukaran
yang dipersetujui bersama.
Satu
lagi syarat melibatkan penjual dan pembeli yang perlu dipenuhi ialah boleh
melihat. Ini bagi memastikan penjual atau pembeli mengetahui dengan jelas apa
yang dijual atau dibeli. Maka orang buta tidak boleh melakukan urusan jual
beli. Ini mengelak daripada berlaku penipuan dan penganiayaan terhadap orang
buta.
Syarat
jual beli seterusnya ialah adanya ijab dan qabul sebagai syarat sah. Ijab dan
qabul itu mestilah dinyatakan dengan jelas, ada persamaan antara ijab dan qabul
dan tiada pemisah.
Perkataan
akad itu hendaklah bersifat kekal dan pemilikan mutlak. Tidak dianggap akad
jual beli jika dikatakan pemilikan terhadap barang dijual itu hanya untuk
tempoh tertentu atau hanya untuk kegunaan tertentu sahaja. Contoh, sebuah
kereta yang dijual kepada pembeli hanya untuk sehari adalah tidak sah. Ia lebih
memenuhi kaedah sewaan.
Syarat
lain dalam jual beli adalah berkaitan dengan barang jualan itu. Barang
yang hendak dijual beli mesti wujud. Tanpa kewujudan barang jualan, maka
tidak mungkin berlaku jual beli. Jadi tidak sah jual beli bagi buah-buahan di
pokok yang baru berbunga, kerana buahnya belum wujud dan belum boleh digunakan.
Syarat
lain ialah barang itu boleh diserahkan dan diketahui tentangnya oleh pihak
berakad. Contohnya, jika urusniaga itu melibatkan kereta, maka sepenjual dan
pembeli mengetahui apa itu kereta, kegunaannya serta perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan sebuah kereta.
Barang
itu ada nilai dan manfaat kepada pembeli. Nasi basi tidak sah untuk dijual beli
kerana ia tidak boleh dimakan dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada
pembeli. Tetapi, jika pembeli membeli nasi basi itu atas tujuan untuk
dijadikan makanan kepada haiwan ternakannya, maka wujud manfaat di situ, dan
jual beli itu sah.
Syarat
barang terakhir adalah ia berada di bawah kuasa penjual. Di bawah kuasa pembeli
bermakan dia boleh menentukan apa boleh dilakukan terhadap barang
itu. Kereta yang masih dalam sewa beli tidak boleh dijual, kerana kuasa
atau hak terhadap kereta itu masih di bawah institusi kewangan, walaupun pada
daftar pemilikan dinyatakan atas nama
seseorang.
No comments:
Post a Comment