Ahli
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bukan sahaja pergi dari kampung ke
kampung untuk menyantuni asnaf, tetapi meretasi pulau dan sungai demi untuk
asnaf.
Ahli
PCAK sudah semakin biasa dengan keadaan di kepulauan delta Sungai Kelantan di
jajahan Tumpat. Sama ada melalui Jeti Kuala Besar atau Jeti Kok Majid, ahli
PCAK akan menaiki bot tambang untuk menuju ke pulau-pulau untuk menyerahkan
bantuan kepada asnaf.
PCAK
ada wakil sebagai penghubung dengan penduduk pulau. Roslan Ismail, Tokoh OKU
Parlimen Tumpat 2022 dan Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021 adalah ahli PCAK
yang banyak membantu mengenal pasti asnaf di kawasan kepulauan.
Biarpun
Roslan dalam kategori OKU, beliau menjadi individu penting melaksanakan
aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan komuniti di kawasan pulau.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment