Hubungan seks satu perbuatan murni
atau baik jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Dalam Islam amalan itu
dituntut untuk memenuhi naluri atau sifat semula jadi manusia. Seks juga untuk
melahirkan zuriat yang sah nasabnya.
Malang sekali, golongan muda
menjadikan seks pemuas hawa nafsu semata-mata. Mereka ingin meniru seperti apa
dilakukan pasangan suami isteri.
Sekarang ini tidak asing jika ada
pasangan kekasih tinggal serumah seperti suami isteri biarpun belum dikahwinkan
secara sah.
Langkah pembendungan adalah berkait
rapat dengan mencegah puncanya. Jika punca terjadi kes dapat dikawal, maka
secara langsung kejadian itu dapat dibendung.
Remaja perlu dididik agar menjaga
maruah dan batas pergaulan. Ibu bapa perlu memainkan peranan utama
mengawal pergerakan anak masing-masing. Tindakan ini bukan menyekat 100
pergaulan mereka kerana kongkongan melampau akan menyebabkan kesan buruk
lain.
Apa yang patut dilakukan ialah mengelak mereka bergaul dengan kawan yang rosak
akhlak. Halang anak daripada keluar pada waktu malam, terutama apabila sudah
lewat malam.
Biarpun kita berbangga peningkatan
capaian penggunaan jalur lebar atau internet di negara kita, pengguna mesti
disedarkan agar mengelak daripada melayari laman pronografi. Kerajaan perlu
menyekat laman pronografi.
Ibu bapa juga mesti mendidik dan menghalang anak masing-masing daripada
melayari laman pronografi.
Seks adalah murni jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Justeru, generasi
muda yang tidak dapat mengawal diri daripada terjebak dalam aktiviti seks
hendaklah berkahwin sebagai cara halal memenuhi tuntutan itu.
Pasangan yang belum berkahwin mesti
dijelaskan bahawa perbuatan seks sama sekali ditegah daripada dilakukan oleh
mereka atas alasan apa sekalipun.
Kita tidak patut terpengaruh dengan
budaya Barat yang menjadikan seks sebagai lambang kematangan dan kebebasan.
Bahkan mereka menjadikan seks sebagai tanda bukti cinta atau untuk merapatkan
persahabatan.
Pihak kerajaan mesti menetapkan
garis panduan yang lebih ketat terhadap media massa agar tidak menyiarkan
kandungan yang berunsur seks 'melampau'. Penerbit perlu mencari pendekatan lain
untuk menarik pembaca atau penonton, bukannya menggunakan unsur seks.
Kerajaan mesti menggubal undang-undang lebih tegas terhadap mereka terlibat kes
pembuangan bayi. Cadangan agar hukuman mati dan penjara lebih lama terhadap
persalah itu adalah disokong.
No comments:
Post a Comment