Tuesday 8 November 2022

ISTILAH BERBEZA DIGUNAKAN PARTI POLITIK

 
Parti politik mempunyai nama atau istilah tersendiri berbanding parti lain biarpun merujuk kepada perkara yang sama.

Contohnya, UMNO menggunakan nama ‘bahagian’ untuk merujuk kepada satu kawasan pentadbiran bagi satu kawasan Parlimen. Sedangkan PAS pula menamakan ia sebagai ‘kawasan’ dan PKR pula menyebutnya ‘cabang’. 

Ringkasan KB merujuk kepada "Ketua Bahagian" digunakan di kalangan ahli UMNO. Manakala KC adalah "Ketua Cabang" di dalam PKR. 

UMNO menamakan ‘persidangan agung’, sedangkan PAS mengadakan ‘muktamar',

Ketika pilihan raya, pusat operasi parti bagi UMNO bagi satu-satu kawasan dinamakan ‘bilik gerakan’, sedangkan PAS memanggilnya ‘markaz’.

UMNO menggunakan nama Bilik Gerakan tanpa diringkaskan. Jadi, tiada "BG" dalam istilah UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi dalam PKR ada "BGU" iaitu ringkasan kepada Bilik Gerakan Utama.  

Istilah 'Pusat Daerah Mengundi' (PDM) digunakan oleh UMNO, manakala 'Unit Daerah Mengundi' (UDM) menjadi nama yang digunakan oleh PAS. PDM dan UDM adalah merujuk kepada satu kawasan Daerah Mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

No comments:

Post a Comment