Saturday, 8 October 2022

KELAJUAN KERETA API SHINKANSEN DI JEPUN

 
Shinkansen adalah sistem rel berkelajuan tinggi yang pertama dibangunkan oleh sekumpulan jurutera tren Jepun dan mula beroperasi pada 1964 antara Tokyo dan Osaka. Kelajuannya boleh mencapai maksimum 320 km/j bergerak menggunakan landasan kereta api khusus.

Tren berkelajuan tinggi itu mempunyai rangkaian landasan menjangkaui 2,700 kilometer merentasi seluruh Jepun dan masih terus menambah lagi laluannya.

Shinkansen dilengkapi dengan teknologi tahan gegaran bumi di Jepun dan setakat ini berjaya mengharungi pelbagai skala gegaran yang pernah berlaku di negara itu.

Sekumpulan jurutera Jepun telah hasilkan satu lagi Shinkansen yang sangat laju. Katanya menjelang 2070, Shinkansen ini mampu bergerak selaju 600 km/j. Kiranya dari Tokyo ke Osaka, hanya 1 jam 7 minit sahaja masa yang diambil.

Kenapa orang Jepun taasub sangat hendak menghasilkan Shinkansen yang begitu laju?

Masalah di Jepun adalah penduduk di Tokyo terlampau padat. Memang sukar hendak tinggal di situ. Hendak mengatasi masalah ini, Shinkansen dibina bagi memudahkan pergerakan rakyat pergi kerja. Mereka boleh tinggal jauh di luar Tokyo, tetapi bekerja di Tokyo. Mereka ulang-alik menaiki Shinkansen.

No comments:

Post a Comment