Salah satu daripada kawasan pelancongan
yang terdapat di Jajahan Jeli adalah Air Terjun Lata Janggut. Lata Janggut
terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Jeli. Ia telah menjadi lokasi
pilihan kerana keindahan alam semula jadi yang mampu menarik perhatian
pelancong tempatan mahupun pelancong luar.
Air terjun ini telah dimajukan dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan untuk menyediakan kemudahan dan landskap menarik. Terdapat
beberapa kolam mandi yang selamat untuk dijadikan tempat mandi manda. Kolam ini
terbentuk daripada batu-batu di jeram itu.
Lata Janggut ini amat sesuai untuk mereka
yang suka menikmati alam semula jadi yang dipenuhi flora dan fauna. Ketinggian
air terjun di Lata Janggut ini adalah setinggi tiga tingkat dan sangat sesuai
untuk dijadikan sebagai tempat beriadah bersama keluarga mahupun bersama
rakan-rakan.
Jika anda bercadang datang ke Jajahan Jeli
dan ingin mencari tempat riadah bersama keluarga, boleh datang ke lata ini.
Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan alam di sini.
No comments:
Post a Comment