Thursday 19 January 2023

SENARAI TEMPAT LARANGAN MEROKOK

 
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020.
 
Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
 
Sebanyak 23 tempat larangan merokok telah diwartakan:
- Di mana-mana kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di mana-mana kawasan awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Dalam mana-mana kawasan premis kerajaan
- Dalam mana-mana menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi, dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri
- Di dalam mana-mana lapangan terbang
- Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater, kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino
- Di dalam mana-mana kawasan hospital atau klinik
- Di dalam mana-mana lif atau tandas awam
- Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
- Di dalam mana-mana tempat kerja yang berhawa dingin dengan satu sistem hawa dingin berpusat
- Di dalam mana-mana bas sekolah
- Di mana-mana kawasan kafe internet
- Di mana-mana kawasan perpustakaan
- Di mana-mana kawasan tempat latihan khidmat negara
- Di mana-mana kawasan stesen minyak
- Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman
- Di mana-mana kawasan stadium, komplek sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
- Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
- Di mana-mana tingkat yang mempunyai kuanter perkhidmatan di dalam bangunan
- Di mana-mana di kompleks membeli-belah
- Di mana-mana bangunan atau tempat permainan kanak-kanak atau taman
- Semua premis makanan, termasuk tempat makan terbuka
 
Orang awam dinasihatkan supaya mengambil berat dan cakna terhadap undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya larangan merokok di kawasan larangan merokok. Ia bertujuan melindungi orang awam daripada kesan buruk akibat daripada asap rokok.

No comments:

Post a Comment