
Muse Ecopark sebuah pusat sehenti (one-stop center) baharu bagi aktiviti rekreasi, hentian rehat, solat di Masjid Buluh dan juga memilik kedai serbaneka dan warung makan di Gua Musang.
Aktiviti menarik di Muse Ecopark tentu
sekali berkaitan hiking dan mendaki bukit batu kapur. Biarpun ketinggian bukit
tidak seberapa, pengalaman mendaki bukit batu kapur yang curan tentu sekali satu
pengalaman yang menarik. Berada di beberapa sudut pandang di atas bukit
membolehkan pendaki melihat pemandangan indah bandar Gua Musang yang semakin
membangun.
Kepada pengunjung yang sekadar ingin singgah
di Muse Ecopark, ia satu hentian rehat yang cukup menarik untuk merehatkan
badan dan fikiran sebelum meneruskan perjalanan.
Anda boleh menunaikan solat di Masjid Buluh
yang unik, membeli barang di kedai serbaneka atau menjamu selara di warung.
Atau boleh sahaja berada di kawasan belakang untuk melihat pemandangan bandar
Gua Musang.
No comments:
Post a Comment