Munafik ialah berpura-pura beriman (jujur,
setia, melakukan kebaikan, bertujuan baik dan lain-lain) tetapi sebenarnya
tidak. Orang munafik melakukan sesuatu perkara ikut suka-suka tanpa memikirkan
baik buruk perbuatan itu. Malah orang munafik memang ada niat melakukan sesuatu
untuk mendatangkan kesusahan kepada orang lain, asalkan dia nampak hebat dan
baik.
Kecanggihan teknologi maklumat terutamanya
pada era revolusi perindustrian 4.0 yang berteraskan Internet menyebabkan
maklumat dapat disebar dan diakses dengan begitu cepat sekali.
Menyiarkan semula video atau gambar tanpa
menyatakan tarikh kejadian sering dilakukan dalam media sosial. Video atau
gmbar itu memberi satu gambaran seakan-akan ia baharu berlaku. Keadaan itu
boleh mencetus “kegusaran” dan “kegemparan” baharu dalam masyarakat, sedangkan
ia sudah lama berlaku dan sudah “selesai”.
Gejala fitnah sudah beralih kepada medium
di media sosial yang membenarkan sesiapa sahaja melayarinya di mana sahaja dan
tanpa had masa.
Saluran media sosial seperti aplikasi
WhatsApp, Facebook, WeChat, Twitter, Flicker, Instagram, blog dan sebagainya
berfungsi mempercepatkan penyampaian maklumat seolah-olah tiada pengawalan
berlaku.
Al-Quran mendidik manusia berhati-hati
apabila menerima maklumat atau berita daripada sesuatu pihak.
Allah SWT memerintahkan golongan beriman
memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat,
ayat 6 bermaksud: “Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang
fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu
menyesal atas perbuatanmu itu.”
Dalam ayat itu, penggunaan perkataan fatabayyanu
bererti maka periksalah dengan teliti menunjukkan betapa pentingnya menapis
sumber berita sebelum ia disebarkan.
Amalan tabayyun (menyelidik terlebih
dahulu) itu amat dituntut syarak bagi memastikan setiap maklumat yang disebar
tepat, diperoleh daripada sumber sahih serta boleh dipercayai.
Sebagai orang beriman, kita harus
berhati-hati dalam berita agar tidak mendatangkan implikasi negatif kepada
orang lain. Berita mesti jelas dan tepat.
Jadilah penerima maklumat yang bijak dan
buatlah sebaran sekiranya ia membawa manfaat, bukannya mudarat.
No comments:
Post a Comment