Wednesday, 10 May 2023

WAKAF KUMPUL GANJARAN PAHALA BERTERUSAN

 
Kita sudah biasa dengan perkataan wakaf. Dari segi bahasa, wakaf bererti berhenti atau menghalang. Manakala dari segi syara, wakaf bermaksud apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.
 
Sumbangan wakaf ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Muslim di Malaysia dan banyak sebenarnya harta yang telah diwakafkan. Di Malaysia, nilai aset wakaf dianggarkan pada RM1.3 trilion dan ada kira-kira 30,000 hektar tanah wakaf di seluruh negara.
 
Harta yang diwakafkan dikekalkan dan manfaat diperoleh selama-lamanya. Penggunaan harta tersebut adalah sebagaimana niat pewakaf untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
 
Rebutlah peluang untuk bersama-sama memperoleh keredaan Allah SWT dengan menjadi salah seorang daripada orang-orang yang berwakaf di jalan Allah SWT.
 
Empat rukun wakaf:
- Pewakaf
- Penerima manfaat wakaf
- Harta yang diwakafkan
- Niat wakaf
 
Dengan berwakaf kita dapat mengumpulkan ganjaran pahala kerana harta-harta yang dibelanjakan itu dapat membantu mereka yang memerlukan dan amalan ini amat mulia di sisi Allah SWT.
 
Menerusi harta yang diwakafkan inilah, dapat membantu menyediakan kemudahan kepada masyarakat termasuk kemudahan untuk tujuan pendidikan, kesihatan, dan sebagainya yang pastinya amat diperlukan oleh golongan kurang berkemampuan.
 
Jom sama-sama kita berwakaf, meskipun serendah RM1. Walaupun jumlahnya kecil, namun ganjaran pahalanya akan berterusan hingga ke hari akhirat. Berwakaflah sebelum terlambat, semoga ia menjadi asbab kepada kita dan kesemua pewakaf menemui Allah SWT nanti dengan penuh ketakwaan.
 
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ada menyediakan perkhidmatan wakaf tunai, yang mana orang ramai boleh sama-sama berwakaf secara dalam talian dengan melayari https://waqaf.e-maik.my/emandate/dd/loginpage/index.php 

No comments:

Post a Comment