Sunday, 31 December 2023

Kelantan ucap terima kasih kepada Pusat

 
Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran Wang Ihsan berjumlah RM 177.96 juta kepada negeri Kelantan. Keseluruhan terimaan Wang Ihsan bagi tahun 2023 kepada negeri Kelantan adalah RM 217.96 juta.
 
Kenyataan media Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud pada 30 Disember 2023 turut menyambut baik pengumuman Anwar semasa turun ke negeri Kelantan bagi meninjau situasi banjir dan melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu;
- Kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.
- Proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024.
 
Menurutnya, Kerajaan Negeri pula akan mengambil segala langkahan yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek ini.
 
Kerajaan Negeri yakin pengumuman tersebut akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan sekaligus memperkukuhkan semangat federalisma antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera.

No comments:

Post a Comment