Saturday, 21 June 2025

PROGRAM KERJASAMA AWAM-TENTERA

 
Rejimen 506 Askar Wataniah (Rej 506 (AW)) telah berjaya menganjurkan Program Kerjasama Awam-Tentera (PKAT) Peringkat 2 Divisyen, Fasa Pertama Tahun 2025 - Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021 - 2025.
 
Program di bawah aktiviti 'Inisiatif Bertanya Khabar (IBK)' ini telah dilaksanakan di Masjid Kampung Lubok Stol dan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang.
 
Seramai 181 orang telah terlibat menjayakan program ini melibatkan kehadiran penduduk Kampung Lubok Stol, anggota tentera dari Rej 506 (AW), Markas 8 Briged (MK 8 Bgd) dan staf kesihatan dari Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Batalian Kedua puluh satu (21 RAMD) dan 704 PPAT Kem Desa Pahlawan.
 
Program ini turut dijayakan dengan kehadiran staf perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Rantau Panjang.
 
Program bermula dengan pegawai, anggota dan penduduk kampung berkumpul di masjid bagi mendengar taklimat pelaksanaan program yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Pertama (Bn 1) Rej 506 (AW), Lt Kol Kamal Hilmi bin Majid,
 
Program telah dirasmikan oleh Timbalan Komander Rej 506 (AW), Lt Kol Hanasrul Imran bin Ghazali.
 
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan pada sepanjang program IBK-PSM ini iaitu pemeriksaan kesihatan, gotong-royong di kawasan masjid dan tanah perkuburan Islam, penyediaan makanan dengan memasak secara 'rewang', promosi kerjaya Tentera Darat Malaysia (TDM) dan acara cabutan bertuah.
 
Turut diadakan adalah ceramah/tazkirah agama disampaikan Pegawai Staf Agama MK 8 Bgd, Lt Kol Wan Madzlan bin Wan Abdullah, bertajuk  "Kepentingan Menjaga Kedaulatan Negara".
 
Pada program yang sama diadakan aktiviti menderma darah yang dikendalikan dengan kerjasama PPAT 21 RAMD, 704 PPAT KDP dan HRPZ II. Program ini bertujuan membantu Tabung Darah Negara dalam menangani masalah kekurangan bekalan darah di negara ini.
 
Manakala aktiviti promosi kerjaya TDM turut menarik minat golongan belia mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan kerjaya di dalam Askar Wataniah.
 
Program IBK-PSM ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu mengeratkan hubungan diantara TDM dengan penduduk setempat yang tinggal di kawasan sempadan negara dan dalam masa yang sama telah berjaya menyuntik semangat memepertahankan kedaulatan negara.
 
Semoga pengorbanan pasukan keselamatan yang menjaga persempadananan negara khususnya TDM sentiasa dihargai oleh semua pihak.
 
MK 8 Bgd mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Lubok Stol dan agensi-agensi kerajaan yang hadir menjayakan program IBK-PSM ini.
 
Program diadakan pada 21 Jun 2025.
 
Kredit MK 8 Bgd.

No comments:

Post a Comment