Jambatan Palekbang-Kota Bharu membabitkan struktur atas jambatan termasuk tiang utama bagi jambatan jenis kabel kekal setinggi 120
meter dari aras Sungai Kelantan. Jambatan kabel kekal ini akan merentasi 300
meter sungai manakala jambatan penghubung pula sepanjang 900 meter.
Secara keseluruhan, projek yang menelan kos hampir RM300
juta itu merangkumi pembinaan jalan dan jambatan sepanjang empat kilometer
iaitu jalan jenis U5 dua lorong dua hala.
Dengan siapnya jambatan yang menghubungkan dua daerah itu
nanti, ia dapat memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan Palekbang khususnya
Wakaf Bharu, Tumpat dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Laut dan Pasir
Pekan.
Selain itu, jambatan ini nanti dapat menyediakan hubungan lebih selesa dari sempadan Malaysia-Thailand (Pengkalan Kubor/Rantau
Panjang) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).
Antara keutamaan pembinaannya juga adalah untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas di Jambatan Sultan Yahya Petra dan di bandar Kota Bharu
di samping merancakkan aktiviti pelancongan di pusat bandar Kota Bharu.
Jambatan Palekbang adalah salah satu komponen penting dalam
rancangan pembangunan kawasan pesisir Sungai Kelantan yang membabitkan Kota
Bharu dan Tumpat.
Ia turut disokong oleh projek tumpuan bersiar-siar di Kota Bharu dan
inisiatif bot persiaran sungai yang bakal menghubungkan gugusan pulau di Tumpat ke
pusat bandar melalui Kampung Laut.
Keseluruhannya, pembangunan ini adalah sejajar dengan
aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan bersepadu berasaskan
pelancongan yang mampan, menarik dan memberi impak tinggi kepada ekonomi negeri
serta rakyat setempat.
No comments:
Post a Comment